BAB 14

Romance Completed 1342

“Dia dulu jurutera senior syarikat minyak. Sampai sekarang orang masih panggil dia masuk kerja, tapi dia tak nak”

“Kenapa Kak?”

“Dia nak temankan Akak di rumah. Sebab tu dia buat business interior design sikit-sikit, minat dia. Sambil tu, dia mengajar budak-budak kat sini matematik tambahan. Hilanglah sikit bosan dia menjaga Akak”

“Maaf bertanya. Akak sakit apa?” Sapa Mariam.

“Kanser darah dik. Dah tahap empat. Kalau macam ni, dah kira tak lama dah boleh bernafas. Seksa juga dik, nak harung semua ni. Tapi Akak berharap kat sana nanti lebih baik..”

Fareha merenung perempuan di hadapannya dengan rasa simpati. Kalau dia sihat pasti dia diantara perempuan yang tercantik dia pernah jumpa. Tambahan pula baik dan berbudi bahasa. Memang sepadan sangat dengan Khad.

Hati Fareha dan Mariam terasa sebak melihat perempuan itu menuang air mereka dan menghidangkan kudapan yang dibawa pembantu rumahnya. Terketar-ketar dia menahan berat teko air. Hendak dibantu, takut Kak Mastura terasa.

“Saya ke dalam dulu puan Mastura” pinta Kak Ani. Puannya itu hanya mengangguk.

“Kamu ke sini sebab calon madu tu kan?” Kak Mastura bertanya. Dia mencapai botol air mineral di dalam dulang.

“Ya kak. Kami nak tahu cerita sebenar”

“Khad tu degil orangnya. Masa Akak mula-mula sakit dulu dah pesan kat dia supaya carikan calon isteri. Dia tak nak. Dah lapan tahun kami macam ni….. Memang akak sayangkan dia sangat-sangat. Jujur Akak cakap, kalau boleh akak tak nak berkongsi kasih dengan sapa-sapa. Tapi bila fikirkan balik, Akak tak boleh pentingkan diri. Kalau dibiarkan, suami akak tu mungkin membujang sampai tua. Akak yakin sangat, kalau akak pergi dan dia takkan kahwin-kahwin lagi”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience