BAB 3

Romance Completed 1342

Mariam dari tadi cuba bermain mata dengan lelaki berkumis nipis yang hanya memakai kemeja berkolar bulat. Nampak agak selekeh tapi memakai jam tangan Gucci. Dia kelihatan takut-takut apabila perasan reaksi Mariam. Maklumlah, roman muka Mariam yang cute tu masih ada ciri-ciri seorang psiko.

“Target aku nak dapat nombo mamat baju merah tu jer” Tunjuk Mariam pada Fareha. Fareha yang malas untuk melayan hanya tersenyum mengejek.

Fareha dan Mariam segera ke tempat yang disediakan tadi apabila dipanggil untuk briefing. Semua peserta pun turut ke situ. Briefing dibuat selama lima minit.

“Dah faham semua. Kalau ada soalan tanya sekarang. Nanti masa event berjalan, kami dah tak layan” Tanya fasilitator perempuan yang ditugaskan memberi penerangan.

“Boleh selfie tak masa event nanti?” Tanya perempuan yang memakai blouse merah. Dressing dan make up seakan mahu ke red carpet.

“Kami tak benarkan selfie. Privacy peserta lain kena jaga. Kalau nak gambar boleh didownloaddi website nanti. Apa-apa catatan boleh dibuat atas kertas yang kita sediakan. Ada lagi soalan?”

Masing-masing diam dan menunggu.

“Ok. Kita mulakan sesi pertama sekarang” Umum penganjur.

Fareha berhadapan dengan lelaki gempal yang memakai cermin mata. Sekali pandang nampak macam mamat nerd!

“Hai. Saya Amran. Umur 28 tahun. Kerja sebagai programmer” Lelaki itu memperkenalkan diri. Fareha kekwat. Pertama kali dia bertentang mata dengan lelaki macam tu. Lelaki yang banyak tersengih dari bercakap.

“Hai. Saya Fareha, Nur Fareha nis. Umur 27 Tahun. Kerani” Dia membalas. Patah perkataannya itu tidak terbalas.

Suasana sunyi seakan malaikat lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience