BAB 4

Romance Completed 1342

Lelaki di hadapannya hanya tersenyum dengan pandangan mata yang tajam. Tiada sebarang perbualan.Fareha turut mati untuk berkata-kata. Masa dua minit itu dirasakan terlalu lama.

“Macammana saya nak contact awak?” Terpancul ayat dari Amran sebaik dia perasan masa sudah hampir tamat. Fareha cepat-cepat bangun walau loceng belum dibunyikan. Dia sempat menjeling Mariam sedang bergelak sakan dengan jejaka yang dia harapkan tadi. Macam di kedai mamak sahaja lagak BFFnya itu.

“Kita rehat sekejap!” pihak pengajur memberhentikan masa setelah habis lapan sessi. Ada peserta yang kelihatan sudah stress. Ada yang mahu ke tandas.

Fareha mencuit Mariam yang masih bercerita walau masa rehat diberikan.

“Woi, jom ikut aku” Pinta Fareha. Jejaka di hadapan Mariam hanya tersenyum.

“Nanti kita sembang lagi ya Jamal” Pesan Mariam sebelum mengekor Fareha ke tandas.

“Kau ni dah kenapa? Aku baru je nak mesra dengan mamat tu”

“Berani sangat la kau! Entah-entah tu pembunuh bersiri baru kau tahu” Ugut Fareha.

“Oh..kalau dia pembunuh bersiri. Biarlah dia merobek hati ini hingga ke Jannah..” Balas Mariam penuh drama.

“kau ni, dah makin mengada-ngada ek!”

Fareha sudah semakin rimas. Semakin lama dia makin menyampah dengan perangai lelaki-lelaki yang ditemuinya. Ada yang miang, ada yang psiko dan ada yang entah apa-apa. Semuanya langsung tidak menarik perhatiannya. Kini, tinggal seorang sahaja lagi peserta yang dia perlu jumpa.

“Saya Khad, Khaidir. Kerja sendiri” Lelaki terakhir ini nampak lebih bertamadun. Pakaiannya kemas dengan rambut tersisir rapi. Masih bersantun semasa berbual.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience