BAB 9

Romance Completed 4457

“Tak boleh la kak. Sekarang, shawl la yang paling trending. Meh Kirana belitkan. Akak kena belajar. Barulah bakal suami akak yang kita nak jumpa sekejap lagi tu, terbeliak biji mata dengan kecantikan akak” Kirana menolong Rora memakai shawl. Rora hanya mencebikkan bibir.

Ibu asyik tengok handphone aje. Ayah sedang busy bawa kereta. Masing-masing ada aktiviti sendiri......

Sampai sahaja di destinasi, Rora dapat lihat sebuah rumah bangle yang besar. Tiba-tiba, ada seorang wanita dalam lingkungan umur mak datang dengan riang dan terus memeluk ibu.

“Laaa..Zah. Dah lama kita tak jumpa. Rindu kau Zah” kata wanita itu sambil mendakap tubuh mak.

“Aku pun rindu kau. Memang lama kan kita terpisah. Tak sangka kau duduk area KL jugak” balas mak. Rora dan Kirana hanya melihat dari belakang ibu. Ayah pergi berborak dengan suami wanita itu.

“Haa Zah. Mana anak kau? Kita kan nak jodohkan anak kau dengan anak aku” tanya wanita itu. Mak tersenyum lalu menarik Rora untuk berhadapan dengan wanita itu. Rora terpaksa jaga air muka. Dia hanya senyum sambil bersalam dengan wanita itu.

“Assalamualaikum mak cik. Nama saya Rora. Mak cik apa khabar?” soal Rora.

“Amboi! Cantiknya anak kau Zah. Mak cik sihat aje. Marilah kita masuk cepat. Anak mak cik dah penat tunggu tu. Tak sabar nak berjumpa bakal isteri dia. Rora hanya senyum pura-pura. Haha, tak sabar la sangat.

Saat ibu, Rora dan Kirana melangkah masuk ke dalam rumah itu, Rora terkejut beruk. Betulka apa yang dia nampak?

“Hadri !” jerit Rora.

Hadri bangun dan terkebil-kebil. Mereka berdua memandang satu sama lain sementara yang lain sudah hairan. Wajah dikerut semahu-mahunya......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience