BAB 1

Romance Completed 4457

Rora Atisha duduk berhadapan dengan Qamar Hadri di sebuah meja makan. Seperti selalu, selepas hubungan mereka bertambah erat, mereka sering keluar menikmati masa yang terluang bersama-sama. Hubungan antara Rora dengan Hadri bertambah erat dari hari ke hari malah setiap minit ke minit.

Tetapi, hari ini wajah Hadri seakan-akan muram sahaja. Dia diam sambil tertunduk di depan Rora. Rora hairan dengan perlakuannya yang sedemikian. Mungkinkah dia sakit? Atau mungkin dia bad mood?

“Hadri, kenapa dengan awak? Awak nampak macam tak sihat aje? Nak pergi klinik ke?” tanya Rora yang risau. Hadri hanya tersenyum pahit. Seperti ada sesuatu yang cuba disuarakan oleh Hadri. Tetapi, dia tidak dapat melakukannya.

“Hmm...Rora, a..awak tahu yang...saya sayang awak kan?” soal Hadri tiba-tiba. Soalannya membuatkan Rora bingung. Kenapa tiba-tiba Hadri berkata sedemikian? Ada apa yang cuba disampaikan olehnya melalui persoalan itu sebentar tadi? Apa maksud tersirat yang cuba diberitahu saat perkataan itu keluar daripada mulutnya.

Rora tersenyum manis walaupun masih hairan dengan kelakuan Hadri. “Mestilah Hadri. Saya boleh rasa tentang kejujuran awak. Saya tahu yang awak sayangkan saya. Tapi...kenapa awak tanya macam tu tiba-tiba?” tanya Rora pula.

Hadri semacam serba salah. Kepalanya asyik bergerak. Matanya sering dielak daripada bertemu dengan wajah Rora.

“Sebenarnya...saya...” Hadri cuba memberitahu walaupun dia tidak mampu.

“Sebenarnya awak?” banyak persoalan semakin bermain di minda Rora.

“Sebenarnya...saya nak minta kita putus. Minta maaf Rora ” pinta Hadri. Permintaan Hadri membuatkan mulut Rora terlopong. Hatinya retak dengan kata-kata yang baru keluar daripada mulut Hadri sebentar tadi. Betulkah apa yang aku dengar? Putus? Hadri ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience