BAB 8

Romance Completed 4457

“Aku harap dia baik-baik sahaja. Aku juga harap yang dia boleh lupakan aku. Biarlah aku terseksa dengan rindu yang masih ada dalam diri aku. Asalkan dia tidak sakit dan juga terseksa kerana aku” getus hati Hadri sambil membayangkan Rora. Dia terpaksa lakukan semua ini demi merealisasikan hasrat ibunya untuk berkahwin dengan wanita yang telah dipilih......

Rora duduk di meja makan bersama ayah, ibu dan Kirana, adik Rora. Sudah lama mereka tidak makan bersama kerana Kirana yang belajar di London. Busy la katakan. Nasib baik Kirana balik tak berambut merah. Kalau tak, Rora ambil clorox and sental rambut Kirana sampai jadi hitam balik.

“Ni, mak nak bagitau sesuatu Rora. Mak nak jodohkan kau dengan anak lelaki kawan mak. Kitorang dah lama rancang” kata-kata ibu membuatkan Rora yang sedang makan tersembur. Terbatuk-batuk Rora tatkala mendengar apa yang ibu katakan.

Semua orang tengah memandang Rora. Rora hanya terkebil-kebil. Dia kaget seketika. “Hmmm...” hanya itu yang keluar daripada mulut Rora.

Kirana menyiku Rora menyebabkan Rora mengaduh perlahan. Kirana cuba memberi tanda supaya menjawab soalan mak. Ayah tak kisah. Whatever. Janji anak aku bahagia. Love you ayah.

“A..apa pulak mak ni. Tiba-tiba aje. Terkejut Rora. Rora tak tahu la mak. Okey ke anak kawan mak tu. Entah-entah dia...” Rora cuba memberi alasan untuk menolak.

“Mak tak suruh Rora cakap ya atau tidak. Mak dah setuju. Esok kita akan pergi ke rumah dia. Esok pakai cantik-cantik tahu. Jangan malukan mak. Anak lelaki dia tu hensem” jelas mak membuatkan mulut Rora ternganga luas.

Ya Allah! Kenapalah mak yang sibuk bila aku nak kahwin? Whatever la. Aku tak larat nak fikir. Buat semak je kepala ni. Kahwin pun kahwin la......

Rora dan sekeluarga sibuk di dalam kereta. Rora memakai baju yang paling vogue. Make-up tebal gila. Kalah si Rozita Che Wan. Pipi teramatlah merah macam kena tampar. Ini semua kerja Kirana la. Katanya trend. Rora tak suka la make-up tebal-tebal sangat. Rimas.

“Kirana, susah la nak pakai shawl ni. Macam mana nak belit. Akak tak suka la yang susah-susah sangat. Biar akak pakai tudung biasa aje la” Rora mula geram. Sudah lenguh tangannya akibat shawl ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience