BAB 5

Romance Completed 4457

“Rora, Rora okey ke? Kenapa muka Rora tiba-tiba berubah? Tadi akak tengok okey je. Sekarang dah muram” tegur Adena yang risau akan keadaan Rora. Rora tidak memberikan respon. Matanya hanya terpaku pada pasangan itu. Inilah kesan rindu yang telah memaut diri Rora. Membuatkan Rora hiba dengan memori lama bersama Hadri.

“Rora !” Adena menggoncangkan tubuh Rora menyebabkan Rora tersedar daripada lamunan.

“Y..ye akak. Akak cakap apa ye?” Rora tergagap. Adena memandang Rora dengan wajah yang hairan. Kenapa dengan Rora ? Dari tadi aku tengok tersenyum manis aje. Tiba-tiba muram. Sudahla itu, orang tanya pun tak ada respon. Kaku macam tunggul kayu.

“Akak tanya, kenapa muka Rora muram? Rora okey ke tak ni?” soal Adena lagi.

Dia risau akan keadaan Rora yang semacam acuh tak acuh. Sekejap mengelamun, sekejap tersentak. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan. Orang normal tak macam ni.

“Entahlah kak. Sejak kelmarin, ada satu perasaan yang mula menyerang tubuh dan minda Rora. Rora tak pernah rasa penyakit macam ni. Ia macam, kita teringatkan seseorang. Dengan erti kata lain, wajah orang yang kita sayang sentiasa muncul di minda kita” jelas Rora yang tidak mahu menyembunyikan lagi perasaan anehnya.

“Hmm...yang ni akak tau. Penyakit yang Rora kena ni adalah penyakit ‘rindu’. Rindu buat kita macam nak gila. Berkhayal, berangan-angan, rasa berdebar-debar. Rindu datang menyerang kita, apabila kita mula menyayangi seseorang tak kira jauh atau dekat” terang Adena yang persis doktor.

“Ooo...rindu”. Aku rindu Hadri ? Kenapa? Sedangkan Hadri dan aku dah putus. Kenapa aku perlu merindui dia? Dan..kenapa aku tak boleh berhenti merindui dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience