BAB 2

Romance Completed 4457

“A..apa ni Hadri ? Awak janganlah bergurau. Harini bukannya April’s Fool Day” Rora yang masih lagi tidak mempercayai kata-kata yang baru sahaja masuk ke dalam telinganya. Wajah Hadri serba salah memandang muka Rora yang sudah mahu mengalirkan air mata. Hadri masih lagi membisu.

“Hadri ? Tolong beri saya penjelasan tentang apa yang awak cakap tadi? Itu tak betul kan?” soal Rora bertubi-tubi. Kelopak matanya sudah tidak dapat menahan lagi air mata yang bertakung. Semuanya mencurah-curah keluar.

“Mama saya nak jodohkan saya dengan wanita pilihannya sendiri. Saya tak nak. Tapi, syurga di bawah tapak kaki ibu. Saya juga tak mahu jadi anak yang derhaka. Awak faham kan Rora ?” jelas Hadri sambil memegang lembut bahu Rora.

“Hadri ! 3 tahun! 3 tahun kita bina hubungan ini. Segala badai, susah dan senang kita harungi sama-sama. Saya setia di sisi awak selama 3 tahun. Tapi, ini yang awak beri” air mata Rora masih lagi mengalir pada kedua-dua pipinya.

“Rora, saya bukannya sengaja nak sakitkan hati awak macam ni. Cuma saya perlu ikut apa yang mama cakap”

“Kita bukannya budak kecil lagi. Jangan biarkan ibu bapa mengawal semuanya. Takkan la nak cari jodoh pun mama awak yang tentukan. We are’nt kids anymore”

“Awak kena terima kenyataan Rora. Kita tak dtakdirkan bersama. Awak tak boleh lawan kuasa Allah. Tapi, saya nak awak tahu yang saya sentiasa cintakan awak. Cinta itu takkan pernah luntur walau untuk beberapa dekad lamanya. Cuma saya nak awak bawa haluan awak. Cari lelaki yang lebih baik daripada saya” Hadri menatap wajah Rora.

“Terima kasih Hadri sebab dah berada di sisi saya selama kita berhubungan ini. Tolong jaga diri awak baik-baik. Jangan ganggu hidup saya lagi. Selamat tinggal” Rora mengambil beg tangannya dan terus berlari dari situ meninggalkan Hadri yang kesal......

Rora melangkah masuk ke bilik dengan perasaan yang hambar dan amat kecewa. Hubungan yang dibina bersama Hadri sejak sekian lama sudah berakhir. Segala gambar Hadri yang diletakkan di dalam biliknya dilempar sehingga pecah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience