BAB 3

Romance Completed 4457

“Kau gila! Tak sangka, habis madu sepah dibuang. Aku benci kau! Aku benci kau!” teriak Rora.

30 minit kemudian, Rora sedang mengelamun di penjuru katil melihat kepingan gambar Hadri yang telah rosak dan hancur. Matanya deras mengalirkan air mata yang sudah ditahan di kelopak mata. Sekarang ini, ada sesuatu perasaan yang mula menyelubungi dirinya. Rindu? Tak mungkin. Aku rindu Hadri ?

“Aku rindu dia. Walaupun baru saja hubungan kami putus sebentar tadi, aku sangat rindukan dia. Kenapa rindu? Kenapa ‘kau’ memautku saat aku mahu melupakan si dia?” getus hati Rora yang masih lagi berasa sebak di dada. Kerinduan kepada Hadri masih lagi membelenggu diri Rora sehingga membuatkan dirinya bagai nak gila. Tetapi, dia cuba untuk melenyapkan segala memori lama demi menghilangkan kepedihan di hati yang telah luka berdarah. Dia cuba untuk tidak merindui Hadri lagi......

“Pak Cik, bagi saya aiskrim vanilla satu” pesan Rora kepada seorang penjual aiskrim di taman rekreasi. Alang-alang dah datang ke taman untuk tenangkan diri, apa salahnya sejukkan diri pula dengan sekon aiskrim.

“Aiskrim vanilla siap. Satu ringgit” pak cik itu menghulurkan aiskrim vanilla yang telah siap. Rora menjilat bibir sambil membayar wang satu ringgit kepada penjual itu. Tiba-tiba, ada seorang budak perempuan sedang melihat Rora memegang aiskrim. Mata budak perempuan itu hanya menenung aiskrim yang dipegang oleh Rora.

“Oh! Comelnya budak ni. Very cute” tanggapan Rora sambil tersenyum.

“Adik nak aiskrim ke? Nah!” Rora menghulurkan aiskrim yang dibeli olehnya kepada budak tersebut. Budak tersebut tersenyum riang. Mereka berdua pergi duduk di atas sebuah bangku yang berdekatan. Rora ketawa kecil melihat gelagat budak perempuan itu. Comotnya!

“Adik ni nama siapa?” tanya Rora sambil memandang budak itu.

“Bunga” jawab budak itu ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience