BAB 6

Romance Completed 4457

“Akak, kalau kita nak hapuskan kerinduan terhadap seseorang tu, macam mana pulak?” soal Rora seperti kanak-kanak yang sedang belajar bersama gurunya.

Fitrah tersenyum. “Rindu boleh dihapuskan melalui dua cara. Sama ada melupakan seseorang yang kita sayang, atau...” leher Adena tiba-tiba berasa tegang. Dia sebak. Rora hairan dengan perlakuan Adena.

“Atau...” Rora terus menyoal.

“Atau percaya bahawa orang yang kita sayang sentiasa ada di sisi. Dengan cara ini, insya Allah, rindu itu boleh terhapus” terang Firah. Air matanya mula bergenang. Rora terkejut. Eh! Kenapa dengan akak Adena ni?

“Akak, kenapa menangis? Janganlah menangis. Nah! Ambil tisu ni” Rora cepat-cepat menghulurkan tisu. Adena mengelap air matanya. Lebih kurang 5 minit, barulah emosi Adena kembali stabil. Mereka berdua berbual-bual biasa seperti tadi.

“Hmm...akak tak balik rumah ke? Mesti suami akak dah tunggu tu” soal Rora membuatkan Adena tersenyum pahit.

“Suami akak dah lama meninggal. Sakit jantung. Akak besarkan Bunga seorang diri” tutur Adena memberitahu Rora. Rora terkejut.

“Akak, Rora minta maaf. Rora tak tahu” Rora serba salah.

“Tak apa. Benda tu dah lepas”

“Jadi, mesti akak rindu dia kan?” soal Rora cuba meneka. Adena tersenyum pahit lagi. Oopss! Aku tak patut tanya macam tu. Kau ni Rora, bodoh betul la. Rora mencubit perlahan pehanya.

“Bohonglah kalau akak cakap yang akak tak rindu dia. Kalau boleh, akak nak lepaskan rindu tu dekat dia. Akak nak peluk, cium, cakap yang akak sayang dekat dia. Tapi, Allah lebih sayangkan dia. Ini ujian untuk akak. Akak kena tabah” mata Adena sekali lagi mengalirkan air mata. Hatinya sebak dek kerana kerinduan yang masih berbaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience