BAB 4

Romance Completed 4457

Rora ketawa kecil. “Ooo...Bunga. Patutla adik ni cantik macam bunga. Mana ibu dengan ayah adik?” soal Rora lagi. Kali ini, Bunga tidak menjawab. Dia hanya sibuk memakan aiskrim. Habis comot bajunya dek kerana aiskrim vanilla.

Tiba-tiba, seorang wanita yang runsing datang ke arah Bunga dan Rora. “Ya Allah! Bunga! Mana Bunga pergi? Penat tahu tak ibu cari” wanita itu memeluk Bunga. Rora tahu yang itulah ibu Bunga.

“Bunga jalan-jalan. Lepastu, Bunga teringin nak aiskrim. Kakak ni belanja Bunga aiskrim. Sedap” terang Bunga membuatkan ibunya tersenyum. Ibunya juga turut tersenyum kepada Rora. Mereka bertiga pergi ke sebuah playground yang ada di situ. Bunga sibuk bermain manakala Rora dan ibu Bunga sedang berborak.

“Akak, Adena. Terima kasih sangat-sangat sebab tolong jagakan Bunga. Dia lari masa akak tengah berborak dengan kawan. Tengok tengok sahaja dah hilang. Nasib baiklah dia ada dengan awak” kata ibu Bunga sambil menarik nafas lega.

Rora tersenyum sinis. Wow! Aku dah jadi superheroin hari ini. “Nama saya Rora. Sama-sama. Bunga tak ke mana pun. Dia datang dekat tempat jual aiskrim. Agaknya, dia teringin aiskrim kut. Jadi, saya belilah dekat dia” jelas Rora.

“Akak minta maaf ye Rora ” Adena menyelongkar sesuatu di dalam beg tangannya. Dia mengeluarkan wang RM 5.

“Nah! Akak ganti balik duit yang Rora gunakan tadi ye” Adena menghulurkan wang tersebut kepada Rora. Tetapi, Rora menolak. Niat Rora hanyalah untuk membuat kebajikan kepada orang lain. Bukannya mengharapkan balasan.

“Tak apa lah kak. Rora memang ikhlas nak belanja Bunga tadi. Simpan aje la duit tu untuk Bunga. Beli apa yang dia nak” jelas Rora sambil menolak pemberian Adena.

“Betul ni?” soal Adena.

“Betul. Akak simpan ajelah duit tu. Guna bila akak perlukan”

Fitrah tersenyum. Mereka kembali berbual sambil melihat Bunga bermain dengan riang. Tiba-tiba, pandangan Rora terpaku melihat satu pasangan yang sedang duduk di bangku berdekatan. Wajah Rora bertukar muram. Dia teringat akan Hadri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience