BAB 7

Romance Completed 4457

“Akak cubalah hapuskan rindu tu. Rindu tu akan buat akak lebih sedih. Gunalah cara yang akak beritahu tadi” Rora yang cuba membantu Adena.

“Akak sedang cuba Rora. Bukan senang nak hapuskan rindu macam itu saje. Tapi, akak hapuskan rindu tu dengan, percaya bahawa dia sentiasa ada di sisi akak dan Bunga. Mata Rora juga sudah merah. Air mata yang bertakung pada kelopak mata telah deras mengalir membasahi pipi. Dia menepuk perlahan belakang Adena......

“Nampaknya, rindu dah memaut diri aku. Aku merindui Hadri. Tapi, aku kena hapuskannya. Hubungan aku dan Hadri dah berakhir. Aku tak boleh fikirkan tentang dia lagi. Biarlah dia menjumpai wanita yang lebih baik daripada aku” bisik hati kecil Rora yang masih merindui bayangan Hadri.

“Agaknya, Hadri rindu aku tak? Tak mungkin lah” getus hati Rora tiba-tiba.

#Rumah Hadri

Hadri sedang duduk di atas sejadah. Kedua-dua tangannya diangkat bagi memohon doa daripada Allah yang Maha Esa.

“Ya Allah! Aku rasa amat bersalah dengan Rora. Kami telah menjalinkan hubungan bersama-sama selama tiga tahun dan akhirnya, aku putuskan. Aku rasa amat bersalah Ya Allah! Aku amat mencintai dan menyayangi Rora. Tiada wanita lain selain Rora dalam hidupku” luah Hadri.

“Ya Allah! Aku terpaksa mengambil keputusan demikian. Aku juga tidak mahu derhaka terhadap kedua ibu bapa yang telah menjagaku selama ini. Aku harap, dia sentiasa gembira dan boleh melupakanku. Ya Allah! Kau lindungilah dia. Kau pertemukanlah dia dengan lelaki yang lebih baik dan sempurna daripada aku. Amin...” pinta Hadri daripada Allah. Sejurus selepas itu, tapak tangannya mengusap lembut wajahnya.

Dia mengelamun seketika. Haisyyy...perasaan rindu aku terhadap Rora masih lagi kuat. Sangat sukar untuk aku lupakan dia. Ini adalah dugaan yang terbesar bagi aku. Untuk melupakan memori bersama Rora, seperti membuang harta yang tidak ternilai daripada hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience