BAB 10

Romance Completed 4457

“Laaa...mak cik tak sangka yang Rora kenal dengan anak mak cik Hadri. Hadri tak pernah bagitau” mak Hadri tak sangka. Hadri dan Rora hanya tersenyum.

“Sebenarnya kan mama, Hadri dengan Rora dah kenal hampir tiga tahun. Tapi, Hadri terpaksa putuskan hubungan ni sebab mama cakap yang mama nak jodohkan Hadri dengan wanita pilihan mama. Tak sangka pulak yang Rora ialah wanita pilihan mama” terang Hadri sambil menatap wajah Rora.

“Mama tak tahu Hadri. Maafkan mama ye” ibu Hadri meminta maaf kepada Rora dan Hadri kerana telah melakukan perkara sedemikian menyebabkan Rora dan Hadri putus hubungan.

“Alah, lupakan semua tu. Yang penting, kita nak kahwinkan diorang berdua bukan? Setuju tak?” tutur ibu Rora yang sudah tidak sabar lagi. Hadri dan mamanya mengangguk tanda setuju. Rora yang dari tadi tertunduk akhirnya mengangguk perlahan. Ibu Rora tersenyum lebar. Begitu juga dengan Hadri dan ibunya.

“Hmmm...mama dengan mak cik sembang la. Hadri dengan Rora nak pergi bercakap sekejap. Jom Rora ” ajak Hadri. Rora hanya menurut perintah dan menyusul dari belakang. Sempat lagi Kirana tersenyum mengejek kepada Rora.

Mereka berdua tiba di halam rumah Hadri. Rora berdiri berhadapan dengan Rora.

Mereka berdua menatap wajah masing-masing. “Awak okey? Saya minta maaf sebab putuskan hubungan kita haritu. Tapi sekarang ni, Allah dah temukan kita kembali” kata Hadri yang gembira.

Rora hanya tersenyum malu. “Kalau awak nak tahu, sebenarnya saya tak boleh lupakan awak. Awak asyik muncul di fikiran saya. Saya asyik rindukan awak. Rindu tu membelenggu diri saya dengan lamanya sehingga kita bertemu balik sekarang ni” luah Rora yang tidak mahu menyimpan lagi isi hatinya.

“Saya pun sama. Saya juga rindukan awak. Tapi, sekarang rindu tu dah hilang. Sebab.....saya dah berjumpa dengan awak kembali. Sudikah awak menjadi isteri saya dan sentiasa berada di samping saya?” soal Hadri sambil menghulurkan tangannya kepada Rora.

Hadri menunggu jawapan daripada Rora.

Tanpa berfikir panjang, Rora terus menyambut tangan Hadri. “Saya sudi” tutur Rora sambil tersenyum riang. Mereka berdua masih menatap wajah masing-masing. Hadri dan Rora tersenyum gembira kerana Allah menemukan mereka kembali.

Rora tidak sesekali pun menyangka yang dia bakal berumah tangga bersama Hadri. Rindu yang memaut dirinya selama ini menjadikan dia berasa macam orang gila. Setiap saat, dia terfikirkan Hadri.

Tapi sekarang, rindu yang memaut dirinya sudah terhapus kerana...Hadri akan sentiasa berada di sisinya sebagai seorang suami. Rora dan Hadri sama-sama gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience