BAB 7

Romance Completed 567

Fazeera meluru keluar dari dalam isi kereta sebaik sahaja dia parkirkan Suzuki Swift di hadapan rumah banglo dua tingkat yang berwarna kelabu cair itu. Sebaik sahaja dia mendapat panggilan daripada Puan Widya pada jam lima, Fazeera teruskan pemanduan keretanya ke rumah keluarga yang tidak jauh dari tempat kerjanya. Kata ibunya, ada sesuatu yang ingin dibincangkan dan yang paling penting ada kena-mengena dengan Fazeera.

Sampainya di rumah...

"Cincin? Babah dengan ibu belikan untuk Faz ke?" soal Fazzera selepas membuka kotak kecil yang tersimpan sebentuk cincin belah rotan pemberian Puan Widya. Dia membelek-belek cincin itu. Sungguh cantik!

"Bukan kami yang membelinya."

"Habis tu, siapa?"

"Faz, babah dengan ibu tahu, anak babah ni dah menginjak alam dewasa. Dah 24 tahun. Dah boleh sangat bezakan perkara yang baik dengan perkarayang buruk. Babah rasa, sudah tiba masanya untuk babah sama ibu lihat kebahagiaan yang Faz inginkan selama ni sebelum kami pergi meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya."

"Apa ni, bah? Apa maksud babah cakap macam tu?"

"Semalam, ada satu pasangan suami isteri datang ke rumah kita. Hajatnya cukup baik. Mereka datang untuk merisik Faz buat anaknya." Bagai nak tercabut jantung Fazeera apabila Encik Sufian berkata begitu. Terkejut mendengarnya. Betul ke apa yang disampaikan dari mulut babahnya?

"Jadi, cincin tu pemberian mereka untuk menyunting Faz dibuatkan isteri untuk anak lelaki mereka." sambung Encik Sufian. Puan Widya yang duduk di sebelahnya, hanya diam. Mengiyakan sahaja apa yang dikatakan.

Memang terkejut dibuatnya. Sungguh. Fazeera tidak mampu untuk berkata apa-apa. Hanya satu soalan yang mampu diberikan.

"Habis tu, babah cakap apa? Babah sama ibu terus setuju ke dengan risikan mereka?"

"Walaupun babah adalah ketua keluarga, tapi babah tak sewenang-wenangnya terus setuju tanpa pengetahuan dan persetujuan Faz. Ini tentang masa depan Faz. Babah serahkan soal ini kepada Faz sendiri untuk Faz buat keputusan. Ingat sayang, mintalah kepada Allah. Mengadulah kepada Dia. Jangan berhenti menunaikan solat hajat dan solat istikharah. Jika kita ingin dapatkan yang terbaik, sentiasalah menjaga hubungan dengan Allah Taala. Dia yang Maha Memberi. Jika kita meminta kepadaNya, nescaya Dia akan tunaikan."

"Lagipun mereka tak memaksa. Mereka akan datang ke sini semula bulan depan dengan membawa sekali anak lelaki yang ingin dijodohkan dengan Faz sekaligus ingin tahu jawapan yang bakal Faz berikan. Sekarang ni, anak lelakinya itu tak ada kat Semenanjung. Dia berada di Labuan, atas urusan kerja."

"Babah yakin, anak lelakinya itu pasti baik akhlaknya. Tengoklah ibu dan bapanya, sungguh budi pekerti dan baik-baik orangnya."

"Faz nak tengok gambar lelaki tu? Mama dia ada tinggalkan sekeping gambar anaknya untuk Faz tengok. Mamanya kata Faz kenal dengan Muz..." Puan Widya mencelah.

"Tak apalah, bu. Faz tak mahu tengok. Ibu simpanlah dulu gambarnya, ya? Faz naik atas dulu." Belum sempat Puan Widya menghabiskan kata-kata terakhirnya, Fazeera sudah meminta diri untuk naik ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience