BAB 8

Romance Completed 567

"Ya Allah yang Maha Pengasih... Malam ini aku datang lagi untuk mengadu kepadaMu. Ya Allah, ujian apa yang cuba Kau berikan padaku? Saat aku bakal ketemu dengan dia yang selama ini ku nantikan, kau hadirkan untukku seorang lelaki lain yang cuba untuk mengetuk pintu hatiku. Wahai penjaga hati ini, Kau serahkanlah hatiku kepada yang berhak."

"Ya Allah Ya Alim (Maha Mengetahui)... Seandainya lelaki yang meminangku itu adalah yang terbaik untuk diriku dan agamaku maka Kau satukanlah hati kami. Kau jodohkanlah kami dalam keadaan yang Kau redhai. Sekiranya lelaki itu bukan pilihan yang baik untuk aku dan agamaku, Kau jauhkanlah hati kami dari bersatu dan saling menyayangi agar tiada hati yang bakal disakiti."

"Ya Quddus (Maha Suci)... Meskipun begitu, ada seseorang yang sentiasa berada di dalam hati ini dari dulu hingga sekarang. Andainya, lelaki yang meminangku itu adalah jodohku, kau buangkanlah segala perasaan kasih aku terhadap Muzamil Arif. Aku tidak mahu melukai hati bakal zaujku walaupun kami belum saling mengenali dan mencintai. Kau izinkanlah untuk aku mencintai bakal suamiku itu dan setia bersamanya sehingga ke akhir hayat kami."

"Aku berserah kepadaMu, wahai penjaga hati. Kau yang Maha Menentukan. Kau yang Maha Mengetahui segala-galanya berbanding aku yang tidak tahu apa-apa. Amin, amin...ya rabbal alamin."

**********

Sebulan telah berlalu. Usaha telah pun dilakukan siang dan malam. Hari yang dinanti-nantikan oleh kedua belah pihak telah pun tiba. Fazzera yang seorang diri di dalam bilik, semakin resah. Hatinya kian bergetar selepas ibunya memberitahu di telefon kelmarin bahawa keluarga pihak lelaki akan bertandang sekali lagi ke rumahnya untuk mendengar keputusan dari mulut Fazeera sendiri. Sekiranya Fazeera setuju, pada hari itu juga akan diadakan majlis pertunangan secara kecil-kecilan. Perkara yang membuatkan dia bertambah takut apabila ibunya turut memberitahu pemuda yang bakal menjadi suaminya akan turut hadir dalam majlis mereka.

Sungguh cantik Fazeera pada hari itu walaupun tampak ringkas dengan menggayakan maxi berwarna ungu gelap dan dipadankan dengan shawl labuh yang berwarna merah jambu. Wajahnya diserikan dengan solekan yang ringkas sahaja. Hanya bedak asas, pembayang mata dan juga pelembab bibir yang menjadi peneman di wajahnya.

Fazeera duduk di bucu katil. Bibirnya tidak henti-henti dibasahkan dengan berzikir agar dapat menenangkan hati. Sekarang ini, dia berserah kepada yang Maha Esa selepas dia berusaha dengan beristikharah dan berdoa.

Tepat jam dua petang, keluarga pihak lelaki telah pun sampai. Fazeera yang dari tadi terperap di dalam kamar, menurunkan diri untuk membantu ibunya menyiapkan hidangan. Puan Widya meminta anaknya itu menyiapkan minuman lalu menghantarkan kepada para tetamu yang hadir.

"Inilah Fazeera, ya? Molek sungguh! Patutlah Muaz boleh terpikat. Pandai kamu cari pasangan, Muaz. " Jarak antara wanita itu dengan Fazeera tidaklah jauh dan sebab itu kata-kata dari suara wanita itu yang sedikit serak dapat didengar jelas oleh Fazeera yang sedang menghidangkan minuman. Matanya ditunduk ke bawah sambil menuangkan air ke dalam cawan. Dia perasan wanita itu menyebut nama 'Muaz'. Bakal suamiku namanya Muazam, barangkali. Tekanya sendiri di dalam hati tapi... bagaimana dia boleh tahu nama aku Fazeera? Mungkin babah yang beritahu. Sebelum ini kan mereka pernah datang ke rumah. Lupa pulak aku.'

"Silakan minum." jemput Fazeera lembut. Usai bersalaman dengan mama, ayah dan saudara belah pihak lelaki, Fazeera mengambil tempat duduk di sebelah ibunya dan juga babahnya.

"Faz, inilah keluarga yang babah cerita kepada Faz hari tu. Kali ini mereka datang sekali lagi dengan membawa anak lelaki mereka. Di hujung sana tu, anak lelaki mereka. Muaz, inilah anak perempuan pakcik yang kamu wakilkan ibu bapa kamu untuk meminangnya."

Fazeera terpana. Pemuda yang bernama Muaz itu menghantar ibu bapanya untuk meminang aku? Bukan ibu bapanya yang mencari jodoh buatnya? Maknanya, Muaz itu sudah mengenali aku? Siapa Muaz? Fazeera betul-betul terkejut selepas dia segera mendongakkan kepalanya lalu menatap wajah pemuda yang duduk tidak jauh daripada babahnya. Walaupun wajah itu nampak lebih matang dengan gaya rambut pompadour dan berpenampilan kemas dengan kemeja berlengan panjang berwarna putih, Fazeera dapat meneka bahawa lelaki itu adalah orang yang sama. Ya, sama dengan lelaki yang cuba dikejarnya dan sama dengan lelaki yang memberikan dia sejambak bunga mawar ketika majlis konvokesyennya di DATC, Shah Alam. Ya, sama dengan lelaki yang pernah cuba untuk meraih cintanya empat tahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience