BAB 4

Romance Completed 567

Seperti kebiasaan, jarum jam menunjukkan pukul 10 pagi. Fazeera akan menuju ke kafe untuk memenuhi ruang tekaknya yang dahaga. Sampainya di kafe, Fazeera mencapai sebotol minuman jus oren Twister dari peti sejuk yang disediakan di situ dan sepeket sandwic. Ketika ingin membayar, Muzamil yang tiba-tiba muncul entah dari mana, terus menghulurkan not lima kepada juruwang yang bersedia menantikan duit daripada si pembayar. Fazeera yang tidak sempat untuk mengeluarkan duit, terkejut dengan perbuatan Muzamil. Muzamil pula mempamerkan raut wajahnya yang selamba.

Seperti orang mati akal, Fazeera terus mengucapkan ucapan ringkas terima kasih lalu pergi. Muzamil yang perasan tubuh Fazeera mula membelakanginya, tersenyum sinis.

Di meja makan, Fazeera buat seperti tiada apa yang berlaku. Dia mengoyakkan sandwich yang dibeli tadi sedikit demi sedikit lalu dijamah. Matanya melilau memandang ke kanan dan ke kiri. Tidak ramai pelajar yang turun makan di kafe. Maklumlah baru sahaja pukul 10 pagi. Lainlah kalua pukul 12 tengah hari. Kafe akan sesak dengan pelajar-pelajar untuk nikmati santapan tengah hari. Sedang leka nikmati sandwich dengan minuman berkhasiat itu, kehadiran Muzamil mencetuskan tanda tanya dan ketidakpuasan hati gadis yang baru berusia 20 tahun itu. Bersahaja dia. Tempat duduk banyak yang kosong, betapa degilnya Muzamil, tetap ingin duduk di kerusi yang berhadapan dengan Fazeera.

Disebabkan dia berasa seakan lemas dengan pandangan Muzamil terhadapnya sekali dengan senyuman yang diterbitkan lelaki itu, Fazeera segera bangun dan cuba untuk pergi. Namun, Muzamil lebih pantas untuk mencantas langkah Fazeera. Lengan Fazeera segera dicapai.

"Kenapa awak perlu malu dengan saya? Setiap kali saya cuba nak dekat dengan awak, awak mesti lari. Saya nak berkawan jek dengan awak. Takkan itu salah, Fazeera?" Fazeera terkesima dengan kelakuan Muzamil yang berani memegang lengannya waima dilapik dengan kain Tshirt yang berlengan panjang.

"Awak jangan berani nak sentuh saya!" tutur Fazeera dengan suara yang agak keras.

"Maafkan saya. Saya tak berniat nak apa-apakan awak. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Awak tak jawab lagi pertanyaan saya, Fazeera. Kenapa setiap kali saya cuba nak berkenalan dengan awak, awak mesti jauhkan diri daripada saya. Awak malu dengan saya ke?" Muzamil ulang balik pertanyaannya.

"Soalan awak tak perlu dijawab. Awak sebagai lelaki yang matang, awak mesti tahu jawapan untuk soalan awak tu. Maafkan saya, saya perlu pergi."

"Awak sombong, Fazeera! Awak sombong! Awak ingat saya nak sangat ke berkawan dengan awak?!"

Puas. Sengaja dia mengapi-apikan gadis di hadapannya agar mereka dapat berdebat. Bagi Muzamil, dengan cara itu sahaja dia dapat mendengar suara Fazeera yang jelas dan lunak itu akhirnya Fazeera menyerah kalah untuk berkawan dengannya. Fazzera memusingkan tubuhnya menghadap Muzamil apabila cuping telinganya jelas menangkap bait-bait perkataan yang disemburkan oleh lelaki yang berusia tua setahun daripadanya.

"Dah tu...kenapa awak masih terhegeh-hegeh nak kejar saya? Kalau awak rasa saya ni sombong, kenapa awak masih nak cari saya, nak teruskan niat murni nak bersahabat dengan saya?" soalan demi soalan dari mulut Fazeera seperti peluru yang didaskan dari senjata, tidak dapat dibalas dengan kata-kata Muzamil. Ternyata sangkaan Muzamil salah. Fazeera tetap berkeras untuk menidakkan persahabatan mereka. Ada segelintir pelajar lain dan pekerja kafe yang berada di situ, menyaksikan kisah mereka secara percuma. Ada juga yang tidak ambil kisah; buat hal masing-masing.

"Maafkan saya meninggikan suara kat awak. Saya kena pergi. Assalamualaikum." Malas untuk Fazeera bertekak lebih lama, dia melangkah keluar dari kafe itu. Fazeera pergi meninggalkan Muzamil yang masih terkedu dan terpinga dengan tindak balas daripadanya.

"Fazeera, nanti! Saya tak habis lagi cakap dengan awak." Muzamil terusan mengejar Fazeera yang meninggalkannya.

"Awak nak apa lagi, Zamil? Awak yang kata saya sombong kan. Jadi, buat apa awak masih nak buang masa nak kejar saya lagi?"

"Saya tak ada niat nak cakap awak sombong tapi...kenapa awak layan saya macam ni? Saya nak berkawan jek dengan awak. Takkan itu salah?"

"Dalam Islam, memang tak salah seseorang manusia itu untuk berkawan. Lebih menggalakkan lagi untuk mengerakkan ukhuwah persahabatan."

"Dah tu?"

"Awak ni, takkan itu pun tak faham? Saya ni perempuan. Awak tu lelaki!"

"Apa masalahnya?"

"Dah lah. Saya lebih suka orang anggap saya ni sombong dari saya layan lelaki macam awak!"

Kali ini, Fazeera betul-betul meninggalkan Muzamil yang masih tercegat di bawah terik suria. Rimas pula bila lelaki itu langsung tidak faham maksud yang cuba disampaikan. Muzamil hanya tunduk membisu. Dia tiada daya untuk mengekang kepergian gadis pujaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience