BAB 1

Romance Completed 567

"Perghhh bukan main berlagak lagi minah ni! Kerek nak mati! Orang panggil pun tak nak sahut? Ingat diri tu lawa sangat sampai aku boleh tergila-gilakan kau ke?" satu persatu soalan terpalit di gegendang telinga Fazeera Suhana. Fazeera buat tidak endah. Dia meneruskan jalannya. Langsung tidak menoleh walau sekali ke arah Muzamil Arif yang berpeluk tubuh tidak jauh daripadanya.

"Weh, Faz...Zamil panggil kau lah. Kenapa kau tak sahut?" soal Alya perlahan, sahabat baik Fazeera sambil menarik-narik lengan Fazeera. Alya kelihatan hairan kerana Fazeera langsung tidak mengasi panggilan Muzamil. Dia meneruskan langkah. Diikuti dengan Alya yang mengekor sahaja ke mana sahabat baiknya itu pergi.

"Sombong betul si Fazeera tu. Aku panggil pun tak nak sahut. Buat malu aku jek terpekik terlolong panggil nama dia. Kalau ya pun tak nak sahut, tunjukkanlah muka tu sikit. Ni tak...langsung tak toleh kat aku." Muzamil mengomel sendirian. Rakannya, Rizal yang berada di sebelah hanya ketawa kecil. Gayanya seakan mengejek Muzamil sahaja.

"Sebab kau tak hensem, dia tak nak toleh. Dia nak lelaki yang hensem jek panggil nama dia. Barulah dia nak toleh, kawan. Hahaha!" perli Rizal sambil mendakap bahu Muzamil. "Aku pelik dengan kau lah, Zamil. Dah berhari-hari, berminggu-minggu kau cuba nak usha si Fazeera tu tapi dia langsung tak beri respon kat kau. Nak dengar suara dia ucapkan perkataan yang simple macam 'hai' pun susah. Kau masih nak berkenalan dengan dia? Kalau aku, terus cari perempuan lain! Tak ada lah istimewanya dia tu. setakat pakai tudung macam Ainan Tasnim, alahaii...." Rizal terus-menerus mengomel.

"Sebab dia macam tu lah aku semakin ligat nak berkawan dengan dia. Semakin dia sombong dengan aku, semakin tu aku akan terus menerus cuba untuk mendekati dia. Aku nak tahu puncanya kenapa dia tu sombong sangat dengan aku." Rizal terlopong mendengar kata-kata keyakinan yang dilemparkan oleh Muzamil. 'Budak ni dah kenapa? Perempuan sombong macam tu pun dia nak dekat? Dah sewel ke apa?!' Rizal bermonolog sendirian.

*******

"Faz, tak baik tau kau ni. Zamil panggil kau tadi banyak kali, tapi kau... langsung tak layan. Kau dah kenapa? Dia hanya nak berkawan jek dengan kau. Takkan itu pun tak boleh?" tanya Alya sebaik sahaja mereka mendapatkan tempat untuk berdiskusi bersama di Perpustakaan Tunku Abdul Razak di UITM Puncak Perdana.

"Malaslah aku nak layan. Cuba kau fikir. Kalau aku sahut masa dia panggil aku, dia takkan berhenti setakat tu. Kau rasa-rasa apa yang seorang lelaki inginkan daripada seorang perempuan di awal perkenalan mereka?"

"Lelaki tu akan minta nombor telefon?"

"So, sama dengan situasi sekarang. Muzamil akan minta nombor telefon aku."

"Apa masalahnya kalau dia minta nombor kau sekalipun? Dia nak berkawan jek." Alya masih tidak faham.

"Alya, cuba kau fikir betul-betul. Kalau sesuatu perkenalan dimulakan dengan meminta nombor telefon, pasti dia akan telefon aku dan kami akan berbual-bual kosong sehingga membangkitkan nafsu antara lelaki dan perempuan walaupun sebagai kawan biasa. Selepas tu, pasti dia akan ajak aku berjumpa. Alya, tolong faham aku. Aku takkan murahkan diri aku untuk seorang lelaki yang bukan suami aku. Aku perlu jaga kelakuan aku demi bakal imamku nanti." terang Fazeera. Alya diam membisu selepas mendengar. Apa yang dikatakan oleh Fazeera ada betulnya. Seorang wanita yang belum berkahwin perlu mahalkan dirinya demi bakal zaujnya nanti.

Kata-kata Fazeera seakan melemparkan bara api di telinga Alya. Sifat Alya tidak sama dengan sifat yang dimiliki oleh Fazeera. Walaupun corak pemakaian mereka hampir sama iaitu melilitkan kepala dengan shawl tetapi kelakuan dalam perhubungan berlainan sekali. Alya lebih terbuka untuk berkawan dengan kaum adam disebabkan dia dikelilingi dengan tujuh orang abang dalam adik-beradiknya. Manakala, Fazeera sebaliknya. Dia dibesarkan sebagai anak tunggal kepada pasangan Encik Sufian dan Puan Widya. Tambahan pula, Fazeera dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan islamik dalam kehidupan.

"Ya, aku faham. Tapi...kau tak pernah rasa ke kalau-kalau Zamil tu bakal suami kau nanti? Kita tak tahu siapa jodoh kita, Faz. Pada aku tak salah kalau kau orang berdua nak berkawan. Hanya kawan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience