BAB 3

Romance Completed 567

_CUKUPLAH AKU MENCINTAI DIA DALAM DIAM_

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah,
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita...
Cintai dia dalam diam,
Dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah:

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah." (surah Adz-Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan suatu yang buruk." (surah Al-Israa' : 32)

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung tiba,

Allah swt mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas,
Allah swt tahu apa yang ada di depanmu & Dia telah mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi kerana menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-Nya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dalam kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al-Farisi...?

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti
kelak ada insan yang bakal dilukai
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki
nanti ada hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya
gantunglah segenap pengharapanmu kepada yang Maha Memberi
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikan dengan
cara-Nya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk dan membeku dengan perlahan.
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada yang Memberi dan Memilikinya
biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada
waktunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience