BAB 10

Romance Completed 567

"Sayang perlukan kesombongan dalam diri sayang supaya sayang tak Nampak murah di mata lelaki yang akan jadi raja dalam hati ini suatu hari nanti. Sayang perlu mahalkan diri untuk beri kepada yang berhak. Bila sayang sombong dan tak bergaul dengan mana-mana lelaki, sayang rasa dipelihara dan dihormati. Pada masa itu, sayang tak nak dengan perlakuan lemah lembut sayang dalam pertuturan akan membuatkan bakal suami saying akan rasa gelisah dan cemburu."

"Dalam Islam sendiri membenarkan persahabatan terjalin antara lelaki dengan perempuan dalam satu-satu lapangan kerja. Mereka boleh saja berjumpa, berhubung dan bekerja bersama. Cuma, Islam menyalurkan manusia dengan etika yang betul. Antaranya etika menjaga pandangan. Etika inilah yang akan menjadikan pergaulan serta perhubungan menjadi selamat, bukan hanya di dunia bahkan di akhirat juga." Muzamil mencelah.

"Dalam Islam sendiri ada menyebut bersahabat mesti ada tujuan. Tujuannya adalah untuk membawa kepada Al-Birr yakni kebaikan dan Al-Taqwa yakni ketakwaan. Sebab itu, sayang tak sembrono berkawan dengan yang bukan muhrim sayang. Sayang nak jaga ketakwaan dalam Islam. Apabila kita cuba untuk membuat kebaikan, Allah akan hantar seseorang yang baik. Macam situasi kita. Allah telah hantarkan seorang isteri yang baik, setia, dan penyayang kepada abang."

"Abang tahu tak, waktu abang cuba nak mengurat sayang, sayang takut sangat terjatuh hati kat abang sebab sayang takut, sayang lalai dalam perhubungan dan akan membuatkan sayang leka dalam pelajaran. Namun, waktu tu memang sayang tak dapat nak nafikan yang sayang dah mula rasa kasih dan cinta kepada abang lepas sayang dapat tahu abang berhenti belajar kat UITM. Betullah orang kata, kalau orang tu dah tak ada kat depan mata, barulah kita rasa kehilangannya. Yang paling tidak disangka, ada perasaan cinta Masa tu, hanya sayang dan Allah Taala yang dapat rasa perasaan ni terhadap abang. Setiap malam, sayang mengadu kepada Allah Taala tentang perasaan yang sayang perlu pendamkan daripada abang. Alya pun tak tahu tentang perasaan ni. Masa tu, sayang berazam. Sayang perlusimpan perasan ni dari jauh lubuk hati sayang dan biarkan sayang tamatkan dulu pembelajaran sayang. Terima kasih kat abang sebab sanggup susahkan diri buat semua ni untuk sayang."

"Tak apalah, sayang. Itu namanya pengorbanan. Sayang nak tahu tak, apa yang abang selalu berdoa kepada Allah?"

"Apa dia?"

"Abang selalu berdoa, biarlah Allah temukan kita kembali sekiranya sayang adalah jodoh yang terbaik untuk abang. Abang minta kat Allah, temukan abang dengan wanita yang bernama Fazeera Suhana binti Sufian dalam keadaan yang direstui oleh Allah sendiri dan juga kedua belah keluarga kita. Bila abang pergi, abang tak pasti sama ada abang boleh lagi ketemu sama sayang atau pun tak."

"Syukur alhamdulillah... Allah itu tidak kejam dengan hamba-hamba yang sering meminta kepada Dia. Memang benar kata orang-orang dulu, kalau dah jodoh, takkan ke mana. Allah telah jodohkan kita juga akhirnya. Sayang yakin, abang adalah jodoh yang terbaik untuk sayang apabila kita bertemu lagi kat rumah ni lepas empat tahun kita tak berjumpa. Allah dah hantar abang sebenarnya dalam mimpi sayang lepas sayang buat solat istikharah pada malam sehari sebelum kita berjumpa. Masa tu, sayang tak terfikir pun yang rupa-rupanya abang yang masuk meminang sayang. Langsung tak terfikir."

"Apa keputusan sayang kalau bukan abang yang masuk meminang? Sayang tetap setuju untuk dijodohkan?"

"Sayang tak nak jawab soalan tu sebabnya, sekarang ni, sayang dah ada abang. Abang jodoh sayang. Sayang jodoh abang." Muzamil puas mendengarnya.

"Paling penting, tiada lagi istilah sombong dalam hubungan kita." Muzamil sempat mencuit hidung kecil isterinya sebelum mereka berdua tertawa kecil.

Mata mereka saling menatap. Senyuman manis dipamerkan. Mereka berharap perhubungan halal di antara mereka berdua yang direstui oleh Allah Taala itu akan berkekalan hingga ke Jannah. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience