BAB 9

Romance Completed 567

"Cinta saya pada awak tak pernah padam, Faz. Dari dulu lagi sampailah sekarang." terang Muzamil.

"Sebab tu awak sanggup masuk meminang saya?"

"Yup. Saya tak mahu kehilangan awak lagi. Cukuplah sekali saya kehilangan awak bila saya terpaksa tinggalkan UITM Puncak Perdana empat tahun lepas. Masa tu, perit hati saya hanya Allah yang tahu. Saya ingatkan saya dah tak mampu untuk ketemu lagi dengan awak tapi perancangan Allah tu adalah sebaik-baik perancangan. Dia memang dah tetapkan jodoh buat kita, Faz."

"Betul tu, Zamil. Sebaik-baik perancangan, perancangan dari Dia yang Maha Esa."

"Saya masih ingat lagi, waktu saya mengurat awak. Bukan main eksyen lagi awak dengan saya. Sombong tak nak layan saya. Sekarang, kenapa awak terus setuju bila saya masuk meminang awak?"

"Hai....sampai sekarang awak masih tak faham-faham lagi kenapa saya buat macam tu? Tak apa... Nanti saya terangkan kat awak bila kita diijabkabulkan sebagai suami isteri."

"Ini yang tak sabar nak jadi suami awak ni."

"Ish, gatalnya dia!"

**********

Tanggal 3.1.2013, termeterailah hubungan Fazeera Suhana dengan Muzamil Arif sebagai pasangan suami isteri. Pernikahan mereka yang diadakan di rumah keluarga Fazeera disaksikan oleh keluara terdekat kedua belah pihak. Pada keesokkan harinya, majlis prsandingan kedua mempelai turut diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan dengan anggaran 400 orang tetamu yang hadir. Hanya keluarga kedua belah pihak dan jiran terdekat yang meraikan hari bahagia itu. Walaupun nampak sederhana tetapi kemeriahan turut dirasai.

"Sayang, abang ada sesuatu untuk sayang."

"Apa dia?"

"Sayang tunggu kejap ye. Abang pergi ambil barang tu." Muzamil segera masuk ke ruang bilik tidur lalu mencapai sebuah buku yang diletakkan di meja kecil. Dia kembali ke balkoni lalu menghulurkan buku itu kepada isteri tersayang. Fazeera terkelu. Buku yang dihulurkan kepada suaminya itu macam buku pemberian ibunya yang pernah tercicir di dalam perpustakaan UITM, Puncak Perdana suatu ketika dahulu. Dia mencapainya.

"Buku ni..."

"Ya, buku ni sayang yang punya. Abang nak berikan kembali kepada sayang."

Fazeera segera membuka halaman satu. Ya, benarlah dia empunya buku Islam dan Cinta itu. Namanya tertera di muka surat pertama buku tersebut.

"Sayang tak faham. Bagaimana buku ni ada kat abang?"

"Abang terjumpa buku ni kat dalam perpustakaan UITM dulu. Masa tu, abang tak tahu buku ni sapa yang punya sebelum abang tengok ada nama sayang, 'Fazeera Suhana binti Sufian' kat dalam buku ni. Abang ingat nak bagi terus buku ni kat sayang tapi bila abang fikir balik, baik abang simpan. Yalah, masa tu pun sayang bukannya nak layan abang, kan?

"Bila abang belek-belek buku ni, abang terjumpa sebuah puisi cinta yang membuatkan seluruh tubuh abang ni macam nak...MasyaAllah. Abang sukar nak gambarkan tapi memang ternyata puisi tu mampu menyedarkan abang bahawa cintai dalam diam itu lebih baik demi untuk menjaga kesucian pasangan yang kita sayang dan untuk meraih syurga-Nya. Sebabkan puisi tu juga, abang tekad untuk berhenti belajar kat UITM. Abang cuba untuk mencintai sayang dalam diam dan memelihara kesucian sayang sebagai seorang muslimah. Barulah abang faham. Kenapa dulu, sayang sombong sangat dengan abang. Sebabnya, sayang tak nak terjerumus dalam cinta yang melalaikan. Maafkan abang, sayang... buruk sangka dengan saying sebelum ni. Terima kasih juga kat sayang sebab mencicirkan buku Islam dan Cinta ni agar abang dapat membacanya dan menghayati segala kata yang ditulis dalam buku ni."

Jantung Fazeera bagaikan luruh. Sebak dadanya. Sungguh tidak disangka, suaminya dulu sanggup berhenti belajar di UITM, Puncak Perdana dan meneruskan pembelajarannya di UiTM Dungun, Terengganu semata-mata untuk menjauhkan diri daripadanya agar masing-masing dapat mentarbiahkan diri dari terjerumus ke dalam hubungan cinta yang berpaksikan nafsu semata. Ya Al-Muktadir (Maha Berkuasa), sesungguhnya Engkau telah memelihara cinta ini. Sesungguhnya, Engkau telah berjaya menyelamatkan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience