BAB 2

Romance Completed 567

"Kau tak pernah rasa ke kalau-kalau Zamil tu bakal suami kau nanti? Kita tak tahu siapa jodoh kita, Faz." Masih lagi terngiang-ngiang tutur kata Alya. Kata-kata itu telah menemannya sepanjang hari sehingga dia berada di dalam kamar di rumah keluarganya. Fazeera menghela nafas. Matanya ligat memandang siling bilik namun fikirannya jauh menerawang memikirkan apa yang dikatakan oleh sahabat baiknya sebentar tadi. Usai itu, mindanya tiba-tiba wujud susuk tubuh Muzamil. Wajah dah tubuh lelaki itu hadir di dalam ingatan tanpa diundang. Fazeera tidak dapat menafikan. Kadang-kala sifat lelaki yang ingin mengenalinya itu membuatkan dia lemas. Kadang-kala, menceriakan dirinya dari jauh.

"Ya Allah, perasaan apakah ini yang ingin kau berikan padaku? Adakah ini dinamakan cinta? Cinta yang tidak perlu diungkapkan?" Fazeera bermonolog sendirian di atas katil empuknya. Setelah dua minggu tidak pulang ke rumah keluarga, akhirnya petang jumaat dia menjejakkan kaki ke situ.

Fazeera yang masih mengelamun seorang diri, terkejut seketika apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Fazeera bingkas bangun dan meluru ke hadapan pintu untuk dibuka. Segala ingatannya terhadap Muzamil terus lenyap. Apabila tombol pintu dipulas, pintu biliknya dibuka perlahan. Kelihatan susuk tubuh ibunya, Puan Widya sedang tercegat di hadapannya sambil menguntumkan senyuman.

"Jom makan, sayang. Ibu dah sediakan masakan kegemaran Faz. Babah dah tunggu kat bawah." Puan Widya pelawa puteri tunggalnya untuk makan bersama. Sudah lama mereka tidak makan bertiga selepas Fazeera dapat melanjutkan pelajarannya di UITM Puncak Perdana.

"Ibu turunlah dulu. Nanti Faz turun." ujar Fazeera. Puan Widya sekadar menganggukkan kepala sebelum dia berlalu pergi.

**********

"Faz kenapa? Ada masalah belajar ke?" soal Puan Widya. Selepas anak-beranak itu makan malam bersama, Puan Widya dan Fazeera akan saling mengemas meja makan dan dapur. Dalam waktu itulah, Puan Widya menanyakan permasalahan yang timbul terhadap puterinya. Sememangnya dia amat rapat dengan anak perempuannya sejak Fazeera Suhana masih kecil lagi. Suaminya telah lama masuk ke dalam bilik selepas makan malam. Memang lumrah berkeluarga, apabila isteri atau ibu bertugas sebagai suri rumah tangga sepenuh masa, anak itu akan lebih rapat dengannya berbanding dengan seorang bapa yang keluar mencari rezeki.

"Tak ada apa lah, bu. Faz okay, InshaAllah." balas Fazzera dengan melirikkan senyuman nipis. Dia menyambung mengelap pinggan mangkuk sebelum diletakkan kemas di dalam kabinet.

"Sebelum Faz turun makan tadi, ibu perasan mimik muka Faz macam ada masalah. Masa makan tadi, tengoklah, babah tanya sepatah, Faz jawab sepatah. Kalau tak tanya, langsung Faz tak bersuara. Makan pun sedikit jek. Selalunya kan, anak ibu ni makan banyak. Kalau Faz ada masalah, Faz beritahulah ibu." pandai sungguh Puan Widya meneka. Sememangnya, seorang anak tidak boleh larikan masalah daripada ibu. Pasti seorang ibu itu akan dapat meneka dari riak wajah.

Fazeera menghela nafas. Dia tidak tahu untuk menceritakan keadaan yang sebenar kerana semuanya berlaku dengan pantas. Perlukah dia memberitahu perasaannya kini kepada ibu? Perlukah dia menceritakan perasaan cintanya terhadap seorang lelaki ajnabi yang baru sahaja dikenali di universiti?

"Faz ada masalah peribadi ke? Masalah...cinta?" tekaan Puan Widya membuatkan mata Fazeera membulat. Segera memandang ke arah ibunya. Terkejut.

"Ibu!" Puan Widya ketawa kecil. Dia tahu anaknya itu sedang diulit perasaan cinta terhadap lelaki. Cuma tidak berani untuk diluahkan. Biasalah anak-anak remaja. Pasti akan ada perasaan kasih terhadap insan yang berlainan jantina.

"Ibu bergurau jek lah. Ibu tahu, prinsip anak ibu sorang ni...tak suka berikhtilat dengan mana-mana lelaki sebelum bernikah, kan?"

"Ibu, Faz nak tanyalah. Apa pendapat ibu kalau kita sukakan seseorang lelaki dalam diam? Salah ke, ibu?"

"Pada ibu, tak salah kalau seseorang perempuan tu sukakan seseorang lelaki dalam diam. Malah digalakkan dalam Islam. Apabila kita sukakan seseorang itu dalam diam, ia membawa seribu kebaikan bukan sahaja pada diri kita tetapi kepada kehidupan orang yang kita suka juga. Ia mampu menjauhkan kita dari melakukan perkara yang melalaikan seperti bergayut di telefon sehingga lupa untuk beribadat kepada Allah, bermesej puitis, dan berjumpa. Sebenarnya semua perkara itu menjerumuskan kita ke arah maksiat. Allah swt amat menyukai orang yang dapat menguatkan jiwa dan menahan perasaan nafsu dari godaan syaitan. Seelok-eloknya, biarlah kita menyukai seseorang tu dalam diam. Kalau kita dah terlampau sukakan seseorang tu, luahkan pada Maha Esa. Dia Maha Mengetahui siapa jodoh kita." Penerangan Puan Widya itu didengar dengan teliti oleh Fazeera. Sungguh tekun sehingga kerja meletakkan pinggan mangkuk di tempat asal ditangguhkan seketika.

"Faz tunggu kejap ya. Ibu ada 'benda' nak beri kat Faz." Puan Widya segera menaiki tangga-tangga kecil ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Fazeera yang tidak tahu apa 'benda' yang ingin diberi oleh ibunya, menunggu dengan penuh sabar. Beberapa minit selepas itu, Puan Widya muncul semula di ruang dapur dengan membawa sebuah buku. Dihulurkan ke arah Fazeera. Fazeera yang bingung akan tindakan ibunya perlahan-lahan mencapai buku yang tertera tajuk 'Islam dan Cinta'.

"Apa ni, bu?" Soal Fazeera yang masih bingung.

"Buku ni, ibu beli masa zaman ibu masih remaja lagi, sebelum ibu menikah dengan babah kamu. Buku ni ditulis oleh Prof. Dr. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan yang merupakan seorang ilmuan haraki tersohor di dunia. Ibu nak Faz baca muka surat yang ibu dah tanda ni... fahami dan hayati dengan kata hati." Mata Fazeera yang tadi memandang ibunya mula teralih di dalam isi kandungan buku itu. Dia mula membacanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience