Bab 2

Romance Completed 12006

Bab 2

Akhirnya...berakhir sudah minggu orientasi .Penat betul. Macam-macam aktiviti yang aku lakukan dan pelbagai tugasan berkumpulan aku terpaksa siapkan. Namun begitu, aku sungguh seronok walaupun badanku agak keletihan . Mungkin kerana inilah kali pertama aku berhadapan dengan minggu orientasi. Sebelum ni, mana ada sekolah aku buat.

Pada awalnya, aku sedikit kekok dengan suasana baru yang aku alami. Yelah, selama ni aku kat kampung. Tinggal dengan nenek dalam pondok usang di pinggir sawah padi. Tapi sekarang ternyata aku bukan lagi di rumah nenek, tetapi dalam satu tempat batu yang agak besar . Manusia kat sini pun jauh berbeza dari orang kampung aku . Mereka lebih moden dan pakaianpun agak stylo. Cara mereka berkomunikasi pun agak berlainan. Mereka nampak lebih outspoken dan lebih berkeyakinan .Bukan macam aku, hanya berbaju kurung dan bertudung sarimah je. Cakap pun tak berapa pandai .Tapi minggu orientasi ni sedikit sebanyak membuka minda aku pada dunia luar yang macam-macam ada. Macam-macam yang aku pelajari dalam masa seminggu. Kini, aku tidak sabar-sabar pula untuk memulakan kursus seni lukis di sini iaitu kursus yang aku idam-idamkan selama ini. Mesti best kan?

” Hai Mira, panjangnya kau termenung . Aku cakap dengan kau pun ,kau tak dengar ek? Penat je aku cakap sorang-sorang..,” rungutan Latifah, kawan baikku sejak di minggu orientasi mematikan lamunanku. Setakat ni hanya Latifah yang sudi berkawan denganku. Orang lain kebayakannya seperti memandang jelek padaku...mungkin kerana kecacatanku menjadi tembok penghalang untuk mereka berkawan denganku.

” Sorryla Pah, aku saja nak release tension..ye la seminggu kita dok ke hulu ke hilir, nak tidur pun tak sempat..,dengan termenung macam nila aku boleh releks minda..” aku cuba berseloroh .

” Hah banyak la kau punya releks .Aku ni dah la tengah sakit hati sekarang. Aku nak kemas bilik pun tak sempat lagi tau! Sibuk je memanjang..huh penat-penat! ” Bersungguh-sungguh Latifah bersungut . Aku tergelak kecil melihat cara dia bercakap. Panjang betul muncungnya . Latifah sebenarnya senasib denganku, orang tidak mahu berkawan dengan dia kerana dia agak gempal dan agak kepoh namun dia tak kisah pun dengan semua itu. Dia macam aku jugak,niat dia datang sini hanya untuk belajar, soal kawan bukan satu persoalan besar baginya.

” Heh Mira, aku tengok mamat yang satu kumpulan dengan kau hari tu asyik dok pandang kau je dari tadi. Ada apa-apa ke?” Aku mengerutkan kening mendengar ulah Latifah.

” Hah? Mamat mana satu ni?” Aku hairan.

” Mamat kat hujung sana la..,” Latifah mengahalakan jari telunjuknya ke kiri. Aku menyoroti jari telunjuknya. Aku sedikit terkejut apabila melihat Akim sedang memandangku dari jauh . Dia melemparkan senyuman manis buatku apabila perasan diri sedang diperhatikan. Aku tidak membalas senyuman itu sebaliknya terus memandang Latifah. Jantungku berdegup kencang.

” Kan betul aku cakap..aku rasa dia suka kau la..,dah lama aku perhati..” kata Latifah separuh berbisik.

” Hish, mana ada..mengarutlah kau ni!” Marahku namun aku dapat rasakan pipiku membahang panas.

” Eleh, malu la tu..,aku tak kan mengarut benda yang bukan-bukan beb. Aku mengarut benda betul je..” Latifah sudah tersengeh macam kerang busuk. Aku menjeling tajam padanya. Tapi hatiku semakin lama tidak keruan apabila Akim masih tidak mengalihkan pandangannya ke arahku.

Aku tidak sangka aku akan satu kumpulan dengan Akim semasa minggu orientasi. Nak dibuatnya kebetulan, rupa-rupanya dia mengambil kursus yang sama denganku. Sepanjang minggu orientasi, dia banyak kali cuba menegurku namun kerana kesegananku yang melampau, aku sering kali berdiam diri apabila ditegur. Sesungguhnya aku tidak dapat nafikan bahawa Akim adalah seorang yang sangat peramah dan sangat aktif dalam kumpulan. Kadang-kadang dia ni kelakar juga .

” Mira..oooo Mira...amboi senyum-senyum nampak. Sah sah kau pun suka dia..muahahaha..,” Aku mengetap bibir. Aduhh, minah ni..ada-ada je la.

” Mana ada!” Gertakku .

” Assalamualaikum..,boleh saya duduk? ” aku tersentak apabila tiba-tiba ada lelaki datang menegur . Aku lebih terkejut apabila melihat Akim sedang melabuhkan punggung di kerusi sebelahku. Aku memandang Latifah .Latifah mengangkat keningnya beberapa kali sambil tersenyum sumbing.

” Boleh-boleh..duduklah..saya pun ada kelas ni..aku pergi dulu ye Mira..,” Latifah pantas berdiri dan meninggalkanku sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Kurang asam Pah! Sampai hati dia tinggalkan aku dengan mamat yang aku tak berapa kenal ni. Aku tersenyum kelat. Akim hanya tersenyum. Aduhh manisnya…

” Tak sangka kita satu course ye..,” Akim memulakan perbualan.

” Erm..,” hanya itu yang dapat aku jawab. Lidahku kelu untuk berkata-kata.

” Awak memang cita-cita nak jadi pelukis ek?” Soalnya lagi.

” Erm..,” jawabku. Mataku masih memandang ke bawah .Sesaatpun aku tidak berani bertentang mata dengannya. Kedengaran Akim melepaskan keluhan halus.

” Awak..maafkan saya kalau kehadiran saya menganggu awak..tapi saya betul-betul nak berkawan dengan awak..but can you please..please say something? ” aku termangu mendengar rayuan Akim. Inilah kali pertama dia merayu begini semenjak bertembung dengannya. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menjawab kata-katanya. Entah mengapa aku jadi lemah bila berhadapan dengannya .

” Saya boleh berkawan dengan awak..tapi awak tak malu ke berkawan dengan orang cacat macam saya?” Aku berkata sayu.Akhirnya aku berani bersuara. Kali ini aku memberanikan diri bertentang mata dengannya. Dia tersenyum lebar. Eh, apasal dia senyum pulak aku cakap macam ni?

” Owh..hanya kerana sebab tu je awak tak nak berkawan ngan saya ek? Awak ni kelakar la..,” terdengar dia tergelak halus. Aku memandangnya hairan. Aku serius, boleh pulak dia gelak.

” Saya serius la awak..apa yang kelakarnya?” Soalku geram. Sedikit terkilan dengan reaksinya yang seperti mempermainkan kata-kataku.

” Awak silap besar la..i’m not that type of person. Saya tak kisah awak macam mana..cacat ke..buta ke..pekak ke..or even kudung semua anggota badan ke..apa yang pasti hati saya kuat mengatakan yang saya nak kenal awak dengan lebih dekat..saya nak kawan dengan awak..so..can we be friend from now on?” Kata-kata Akim lembut menyentuh gegendang telingaku. Aku terharu mendengar kata-kata ikhlas darinya. Jarang ada lelaki yang mahu mendekati aku sebelum ni hanya kerana kakiku kudung sebelah . Kedua-dua belah tanganku pula cacat, tidak sesempurna insan lain. Namun, kali ini aku tidak sangka aku akan bertemu dengan lelaki yang baik hati seperti Akim.

” Can we be friend?” Akim mengulangi soalannya apabila melihat aku berdiam diri. Aku mengangguk perlahan .Satu senyuman manis aku lemparkan padanya. Tak semena-mena air jernih menitis laju membasahi pipiku dek kerana terlalu terharu .

” Mira..kenapa nangis ni..I’m so sorry if my words hurt you..i’m sorry kay..,” Akim kaget melihat reaksiku. Dia terus menghulurkan sapu tangannya kepadaku. Aku teragak-agak untuk mencapainya. Aku jadi malu sendiri. Alahai..kenapa aku menangis ni..malunya..

” Tak..bukan sebab awak..saya cuma terharu dengan kata-kata awak tu..tak sangka ada orang yang sudi kawan dengan saya..dengan keadaan saya macam ni..,” suaraku sedikit bergetar.

” Awak..saya tak mahu awak merendah diri sangat...bagi saya tak ada apa yang kurang pada awak..you are totally perfect for me..,trust me..” kata Akim lembut. Benarkah apa yang dikatakannya? Ke dia saja nak sedapkan hati aku? Namun, kata-kata itu sedikit sebanyak memberi semangat dan harapan kepadaku untuk terus berjuang dalam hidup ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience