Bab 4

Romance Completed 12006

Bab 4

Aku merenung kosong lukisan abstrak yang baru siap aku lukis . Aku dapat rasakan ada kekurangan pada lukisanku kali ni. Mungkin terhasil dari jiwaku yang berserabut kali ini. Kata-kata Arif pagi tadi tergiang-ngiang di telingaku. Aku cuba menangkis segala rasa pedih dan sakit hati dari bertandang di hatiku namun ternyata aku ni hanya manusia biasa, tidak bisa menghalang hati dari terluka. Air mata mula bergenang di kelopak mata ,terlalu sebak untuk aku luahkan rasa sedih ini. Tiada siapa yang tahu apa yang aku rasa selain Allah S.W.T

” Mira..awak ok ke?” Aku sedikit tersentak apabila Akim tiba-tiba datang menjengah .Aku cepat-cepat menyeka air mata dan berpaling ke arah lain. Aku tidak mahu Akim melihat kesedihan yang terpamer pada wajahku.

” Err..saya ok je..awak dah siap ke lukisan awak?” Aku sengaja bertanya supaya Akim tidak mengesyaki apa-apa.

” Dah..tadi lagi la..tapi kenapa saya tengok awak macam patung je..tak bergerak-gerak. Konpius saya..ingatkan tidur tadi..,” Akim cuba berseloroh. Aku tersenyum kelat.

” Saya tengah cari ilham la..susah betul nak siapkan lukisan ni..tak ada idea..,” aku cuba mencari alasan.

” Hurmm sejak bila awak jadi tak ada idea ni..bukan awak kata awak selalu banyak idea ke nak lukis..tapi..saya tengok lukisan awak ni cantik je..,kira ada idea la tu...” kata Akim sambil membelek dengan teliti lukisanku . Dia mengangguk berkali-kali seperti berpuas hati dengan nukilanku.

” Tak adalah..entah apa-apa je saya buat. Eh, awak dah makan ke?”

” Belum lagi..lapar la..jom makan!” Aku tergelak mendengar jawapan pantas darinya.

” Heh awak ni..kalau bab makan cepat je ek..bukan awak baru je makan sejam lepas?” Aku menggeleng kepala. Budak ni kuat makan betul . Tapi badan tak juga besar-besar .Dok macam tu je.

” Hehehe..well you know me..jom la..dah lunch hour ni..,” Akim terus mencapai beg sandangnya . Aih, betul-betul lapar nampak.

” Hish..tak sabor-sabor..,” dengusku.

” Saya tak sabor-sabor nak makan dengan awak sebenarnya..rindulah nak makan sekali. Saya bukannya lapar sangat pun..lapar nak mengurat je..hehe..,” Akim mengenyitkan mata kepadaku.

” Ahah yela tu....,” jawabku malu-malu. Pipiku membahang panas.

” Ehehe malu ek?” Akim cuba menyakatku.

” Mana ada! Dah la tu..banyak songeh pulak dia.Jom jom!” Akim tergelak kecil mendengar jawapanku. Aku pula cepat-cepat mencapai tongkatku . Tidak mahu berlama-lama di situ dengannya. Dahla hanya aku dan Akim yang tinggal di situ. Nanti apa pula kata orang kan. Lebih-lebih lagi aku malu dan segan apabila berduaan begitu. Walaupun sudah hampir setahun kami berkawan , perasaan malu terhadapnya masih menebal . Tak tahula kenapa. Tapi memang aku akui yang aku amat senang berkawan dengan Akim. Walaupun dia orang berada dan merupakan pelajar terbaik dalam bidangku namun dia sangat merendah diri dan tidak pernah memandang rendah pada orang kurang upaya sepertiku,malah dia lebih suka menaikkan martabat kami. Katanya orang sepertiku sebenarnya amat berguna kepada negara. Di mana kegunaannya aku tak tahulah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience