Bab 6

Romance Completed 12010

Bab 6

Aku langsung tidak menyangka yang aku akan menjadi kekasih hati Akim, lelaki idamanku selama ini. Dengan sekelip mata, dia sudah menjadi milikku. Tapi, akan kekalkah kebahagiaan ini ? Selagi kami belum dihubungkan dalam satu ikatan yang sah, selagi itulah hubungan ini belum pasti lagi hala tujunya.

” Assalamualaikum sayang..,” tegur Akim yang baru sahaja datang ke kafé kampusku. Hurmm..tepat pada masa. Ternyata Akim masih kekal dengan sikapnya yang sangat berdisiplin dengan masa.

” Waalaikumussalam..wahh..berseri-seri hari ni..ada apa-apa ke?”

” Mestila ada..actually saya nak bagi awak something special ni..,” kata Akim dengan suara yang cukup lembut sambil mengangkat kening.

” Eh, pagi-pagi hari dah nak buat surprise..mananya?” Soalku tidak sabar-sabar.

” Amboi..tak sabar-sabar nampak..,” Akim menyakat.

” Mana ada..saya tanya jela..”

” Tapi sebelum tu sayang kena tutup mata dulu..”

” Hurmm awak ni..ada-ada jela..dah saya dah tutup..” Hatiku berdebar-debar untuk mengetahui benda apa yang ingin disampaikan. Suspennya!

” Ok, boleh bukak mata sekarang..taraaa!!! Just for you honey..” aku terus membuka mata . Saat ni, aku tergaman melihat satu set barang kemas Habib Jewel berada di hadapanku. Aku bermimpikah?

” Apa semua ni?” Soalku seakan tidak percaya .Mana mungkin aku menerima hadiah semahal ni.

” Ini hadiah sebagai lamaran saya untuk awak. Sudikah awak jadi isteri saya?” Aku menggeleng kepala tidak percaya .

” Akim..kenapa cepat sangat? Kita kan masih belajar lagi..And..kenapa awak terlalu cepat beli ni semua? Mahal pulak tu..saya mana layak terima..,” aku masih bingung dengan apa yang berlaku.

” Wowowo..satu-satula..banyak pulak awak tanya ek. Lah ramai apa yang kahwin masa belajar..that’s not the matter lah .Pasal duit tu, for me…wang ringgit bukan ukuran cinta saya pada awak..yang penting hati saya..hati saya cakap yang saya cintakan awak now and ever..so please accept this honey..,” romantis sungguh Akim menuturkan kata. Melihat senyuman Akim yang penuh mengharap membuatkan aku serba salah . Aku sendiri tidak pasti, patutkah aku terima lamarannya padahal aku baru 3 bulan bercinta dengannya. Macam nak kahwin coboy je bunyinya. Cepat sangat!

” Akim!!” Lamunanku melayang entah ke mana apabila tiba-tiba datang seorang gadis cantik seusia denganku di meja makan kami.

” Hana..what are you doing here?” Akim nampak kaget .

” Ooo ini rupanya kerja you ye..patutlah you putuskan pertunangan kita. Rupa-rupanya sebab betina cacat ni!” Mulutku sedikit ternganga mendengar sergahan itu. Putuskan pertunangan? Apa maksud gadis ini?

” Akim, what happen? Apa maksud semua ni? ” Aku menyoal Akim dalam keadaan terpinga-pinga. Aku mula mengesyaki sesuatu.

” Mira, saya boleh jelaskan hal ni..hold on okay..,” Akim semakin panik, apa lagi apabila melihat ramai pelajar di situ sedang memberi tumpuan kepada kami.

” Hei betina! Kalau kau nak tahu, dulu Akim ni tunang aku. Tapi sebab kaulah, dia putuskan pertunangan ni. Hei! Kau sedar la diri sikit. Eiii dahla kaki kudung, tangan cacat! Bawak tongkat buruk pulak tu..geli aku tengok! Entah apa la Akim berkenan sangat kat kau ni..harapkan muka je lawa tapi cacat!!”
Satu tamparan hebat dari gadis itu hinggap di pipiku sebaik sahaja gadis itu menghabiskan kata-katanya. Pipiku terasa perit. Berdesing telingaku mendengar hinaan itu.

” Hana!! Stop it! I nak you berambus dari sini sekarang!!” Suara nyaring Akim bergema di setiap pelosok kafe itu. Aku pula seperti patung, masih terkejut dengan apa yang berlaku.

” Okay fine! I akan pergi dari sini. Tapi you kena ingat, I akan pastikan you dengan betina tak cukup sifat ni merana seumur hidup! I promise!” Hana menekankan kata-katanya .Bicaranya jelas berbaur dendam yang tiada berkesudahan. Kemudian, dia berlalu dari situ.

” Mira..maafkan saya..saya..,”

” Sudahlah Akim..tak sangka awak tipu saya salama ni. From now on..our realationship is over!” Aku melemparkan hadiah yang Akim berikan tadi ke dadanya. Dengan susah-payah aku pergi meninggalkan Akim.

” Mira! Dengar dulu penjelasan saya!” Aku menepis kuat Akim yang cuba menghalang langkahku. Hatiku kini seolah-olah dilanda tsunami hebat . Dunia ini terasa bergegar .Ya Allah..salahkah aku dilahirkan begini? Aku tak pinta dilahirkan begini..Akim..tak sangka dia sanggup menipuku. Aku ingatkan dia tidak sama dengan lelaki lain , rupa-rupanya dia lebih teruk dari itu. Hatiku benar-benar hancur kini. Seperti tiada apa lagi yang tinggal untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience