Bab 3

Romance Completed 12006

Bab 3

Jauhnya nak ke dewan kuliah. Dengan langkahku yang tersekat-sekat, aku rasakan terlalu lama masa yang aku habiskan untuk ke sana. Justeru, setiap hari aku akan bangun seawal 6 pagi dan berjalan ke kampus pukul 6.30 pagi untuk ke kuliah yang biasanya bermula pukul 8.30 pagi. Walaupun lelah rasanya terpaksa berjalan kaki seorang diri dengan hanya bertongkat namun semangatku yang berkobar-kobar untuk menimba ilmu melebihi segala-galanya . Bagiku dugaan itu hanya kecil jika dibandingkan dengan dugaan kehilangan ibu bapa ketika aku berusia 3 tahun.

” Hai cik adik manis...,” aku tidak mengendahkan sahutan dari salah seorang lelaki dari kumpulan pelajar lelaki yang berpelesiran di laluan ke kampus . Bunyi-bunyi yang tidak sedap didengar mula bersahutan. Dasar lelaki gatal! Getus hatiku. Aku cuba mempercepatkan langkahku, tidak mahu diriku dipersendakan lagi. Semenjak aku menapak di universiti ini, aku tidak habis-habis diganggu oleh kumpulan ‘orang gila’ itu .

” Alahai adik manis..kenapa laju sangat jalan tu..meh la borak-borak dengan abang dulu...,” langkahku tersekat tiba-tiba. Arif sudah berdiri di hadapanku dengan senyuman penuh makna . Aku mencemik. Ooo, jadi Arif lah kepala ‘orang gila’ di kampusku. Aku cuba menepis halangan tubuhnya namun tidak berjaya.

” Hei, awak boleh tak ke tepi sikit?!” Gertakku. Aku memandang tajam kepadanya.

” Amboi garangnya cik adik Mira ni..janganla marah-marah nanti cepat tua..senyumla sikit kat abang, sayang...,” aku geli mendengar kata-katanya. Loya tekakku .Hatiku mula menggelegak kepanasan.

” Tak ada masa! Hei, awak ni kalau tak kacau saya boleh tak?! Awak datang sini nak belajar ke nak kacau anak orang? Saya mintak tolong..tolong ke tepi!” Entah dari mana datangnya kekuatan untuk menengking lelaki gila itu. Hilang sudah rasa hormatku pada lelaki itu walaupun Arif sangat terkenal di kalangan pelajar perempuan di sini. Walaupun dia merupakan kapten pasukan bola sepak universiti dan merupakan senior aku namun sikapnya yang sungguh menjengkelkan membuatkan aku teramat benci padanya. Dah la berlagak! Aku tak tahulah kenapa lelaki yang tak ada budi bahasa ni dijadikan idola perempuan-perempuan di sini. Buta apa!

” Oooooiii garangnya dia..Mira..Mira..kau jangan perasan sangat..Kau ingat aku nak sangat kat orang cacat macam kau. Dah la cacat , jual mahal pulak tu.Blah la wei!!” Arif mengherdikku kasar. Wajahku memerah bengang. Hatiku semakin panas. Hina sangatkah aku ni?

” Aku nak ingatkan kau, kau jangan berani nak herdik aku sesuka hati mak bapak kau je. Kau belum kenal siapa aku! Aku boleh buat apa sahaja yang aku suka termasuklah buat kau berambus dari kampus ni!” Wajah Arif mula berubah bengis. Dia pantas meninggalkan aku membiarkan aku tergaman di situ. Mentang-mentanglah dia anak dekan , sanggup dia mengugut aku begitu. Hatiku terasa amat pedih . Kenapa orang macam aku selalu dipandang rendah. Kenapa manusia-manusia ini suka memperkecilkan aku? Kenapa? Salahkah aku wujud di dunia ini?

Aku seolah-olah boneka bagi mereka. Sampai sekarang,manusia dalam dunia ni masih tidak jemu mengejek dan menghina kecacatan yang Allah kurniakan kepadaku. Air mata yang kutahan tadi akhirnya perlahan-lahan membasahi pipiku. Kalau diikutkan hati , aku tidak sanggup lagi berdepan dengan ini semua. Kalau ikutkan hati sekarang juga aku mahu balik ke kampung, tinggal dengan nenek di rumah usang itu dan bekerja mengayam tikar mengkuang semula. Jadi, tak payah lah aku makan hati bila tinggal di sini. Tidak! Aku tidak boleh mengalah! Aku mesti kuat mengahadapi segala ujian ini. Nenek pernah pesan kepadaku yang Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan beban yang tidak sanggup dipikul oleh hambaNya. Mungkin kecacatan yang Dia timpakan kepadaku sejak lahir ada hikmah disebaliknya .Nenek, Mira janji tak kan kecewakan nenek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience