Bab 5

Romance Completed 12010

Bab 5

Hujung minggu ni aku habiskan masa bersama Akim. Baru kali ni kami berkesempatan keluar bersama dan buat pertama kalinya aku bersiar-siar di Kuala Lumpur, kotaraya yang ternyata jauh berbeza dari pekan di kampungku. Aku seperi rusa masuk kampung, terasa amat asing apabila berada di situ.Nasib baiklah ada Akim .Akim membawa aku ke pelbagai tempat menarik termasuklah muzium negara kerana katanya di situ banyak sumber ilham untuk meningkatkan kualiti lukisan . Aku tidak banyak membantah asalkan dia bawa aku ke tempat yang kurang tangga dan ada lif seperti kompleks membeli-belah. Maklum sajala, boleh sakit bahu dan kakiku kalau panjat tangga dengan tongkat yang bukan kuat mana pun.

” Seronok tak hari ni?” Soal Akim sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di bangku yang menghadap tasik Titiwangsa iaitu destinasi terakhir kami.

” Seronok sangat..saya tak pernah rasa seseronok ni.Thanx wak bawak saya jalan-jalan..,” aku melemparkan senyuman manis kepadanya. Akim turut membalas senyumanku. Jauh di sudut hati bukan sahaja rasa seronok tapi rasa bahagia bila berdamping dengannya.Kalau boleh aku mahu berada di sampingnya sepanjang masa. Atau lebih tepat, aku telah jatuh cinta padanya. Tapi Akim? Aku tak rasa Akim menganggapku lebih dari sekadar kawan.

” Itula awak..untung awak jumpa kawan macam saya kan? Tak adalah awak dok berkurung je dalam hostel tu..” kata Akim sambil tersenyum puas. Kawan? Jadi betul lah Akim menganggap aku sekadar kawan.
˜Mira..wake up! Kau tak layak untuk mana-mana lelaki pun!’
˜Tak! Aku juga berhak merasai cinta, aku berhak disayangi!’
˜Kau tak layak..jangan berangan! Mulai hari ni kau mesti jauhi dia..,’
Kata yang terbit dari hatiku mula bertelagah sesama sendiri. Aku bingung .

” Mira..kenapa diam ni..any problem?” Akim merenung dalam anak mataku tapi aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.

” Eh, tak ada apa-apa la..saya just penat sikit je..,” jawabku acuh tak acuh. Mana mungkin aku meluahkan rasa hatiku.

” Yeke..sorry la..sebab saya bawak awak pi banyak tempat ,awak penat. Saya tak ada maksud nak susahkan awak..,” sayu Akim berkata. Ish, apasal dia rasa bersalah pulak? Tak faham aku.

” Tak la..bukan salah awak..mungkin saya tidur lewat kot semalam. Tu yang jadi penat sangat tu..,” aku beralasan.

” La...yeke..kesiannya awak..Kalau macam tu jomlah kita balik, lepas tu awak boleh la berehat banyak-banyak. Lagipun dah lewat petang ni..,” ternyata Akim begitu risau melihat keadaanku. Dia mencapai tongkatku lalu dihulurkan kepadaku. Aku menyambutnya sambil tersenyum hambar. Alangkah baiknya kalau Akim tahu yang aku sangat menyayanginya . Alangkah baiknya kalau dia menjadi milikku. Ish, berangan je lebih aku ni.

” Eh Sal, kau tengok la couple tu..lelaki punya la handsome tapi makwe cacat. Tak sesuai langsung! Eiii nyampah pulak aku tengok!” Telingaku menangkap butir bicara salah seorang gadis yang agak kuat tidak jauh dariku sebaik sahaja aku mahu melangkah pergi .

” Hisyyyy kau ni..cakap tu pelan-pelan la sikit. Biar jela..asal diorang bahagia..,” rakan gadis itu seakan tidak setuju dengan kata-kata gadis itu.

” Tapi aku tak sanggup lah nak couple dengan orang cacat..menyusahkan je..tengok tu, nak bawak jalan-jalan pun kena ada orang papah..hish!” Katanya lagi tanda protes. Hatiku pedih mendengar hinaan itu. Ternyata hatiku tidak kuat untuk mendengar cemuhan lagi. Pertahanan jiwaku kini amat rapuh , apa lagi apabila merasakan yang cintaku hanya bertepuk sebelah tangan.

” Heh korang ni tak ada kerja lain ke selain mengumpat orang!” Aku terkejut apabila Akim tiba-tiba terpacak di depan mereka. Tidak sangka pula perbualan mereka Akim dapat dengar juga. Mereka terdiam.

” Korang ingat sikit, cacat ke tak someone tu Tuhan yang bagi. Korang ingat korang tak cacat, korang bagus sangat? Korang sebenarnya lagi teruk dari diorang..korang tu cacat hati! Suka-suka hati je nak hina orang...korang cermin la diri korang tu dulu..cantik sangat ke minah-minah sekalian oiii??” Tajam sindiran yang Akim lontarkan. Aku terkedu. Tidak sangka langsung Akim akan mempertahankan diriku. Mereka menjeling-jeling pada Akim. Seketika kemudian, mereka tergesa-gesa meninggalkannya .

” Awak..betul apa yang diorang cakap..saya tak layak berkawan dengan awak. Saya hanya menyusahkan awak..,” dadaku terasa sebak. Aku tekad hari ni aku akan pastikan aku tidak lagi berkawan dengan Akim.

” Apa yang awak cakap ni? Saya tak pernah anggap awak menyusahkan. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak..,” Akim memujukku. Mungkin memahami yang hatiku benar-benar terguris kini.

” Akim, saya harap lepas ni awak jangan cari saya lagi. Jangan kawan dengan saya lagi. Cukupla setakat ni. See you next time..,” tanpa menoleh kepada Akim ,aku terus menghayun langkah untuk berlalu dari situ. Cukuplah setakat ni persahabatan kami.

” Mira..please don’t do that..i don’t care about what people talk about you..i just want to be your friend..,” Akim mula merayu. Perkataan ˜friend’ semakin menambahkan sebak dihatiku.

” Akim! Please listen to what I’ve told you..please..please..and please ! Kenapa awak susah sangat nak faham?!” Aku terpaksa menengkingnya untuk membangkitkan kemarahannya terhadapku.

” Yes, too hard to understand you! Awak tak tahu ke apa yang saya rasa?!” Aku terkesima apabila giliran Akim pula menengkingku.

” Ye saya tahu..awak rasa saya menyusahkan kan? Betul kan?” Mataku sudah berkaca. Aku tahu hanya itu yang Akim rasa saat ini.

” Yes..awak memang menyusahkan!” Aku sekali lagi terkedu mendengar jawapan itu. Sungguh tepat sekali.

” Ok fine!” Air jernih mula merintik laju. Bagus juga Akim mengaku yang aku ni hanya menyusahkan dia. Jadi, tak perlulah aku bergantung harap padanya lagi.

” Awak menyusahkan saya untuk melupakan awak .Saya cintakan awak Mira..I love you so much!” Duniaku seperti gelap seketika mendengar ucapan itu. Benarkah apa yang aku dengar? Atau ini semua hanya ilusi?

” Akim..please don’t make joke..,” suaraku bergetar kerana terlalu terkejut.

” No..I’m not joking..Listen to me..I really love you with full of my heart..sejak hari pertama saya jumpa awak, saya dah jatuh cinta pada awak. Saya tak kisah macam mana keadaan awak sekalipun..yang pasti..I want you to be with me forever..,trust me Mira..sudikah awak jadi kekasih saya? ” matanya berkaca semasa menuturkan kata-kata itu. Aku tercengang. Lidahku kelu. Tidak tahu apa yang harus aku perkatakan lagi. Yang pasti sinar bahagia mula terpancar dalam hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience