Bab 11

Romance Completed 12006

Bab 11

5 tahun kemudian..

Aku memerhatikan satu persatu lukisan-lukisan hasil tanganku yang tergantung rapi dalam galeri seni milikku. Aku mengangguk tanda berpuas hati. Berkat kesungguhan dan ketabahanku dalam mencari ilmu, akhirnya aku berjaya mencapai cita-citaku untuk menjadi pelukis terkenal .Kini, aku membuka galeri sulungku di Sydney . Tak sangka orang di sini suka akan hasil nukilanku , malah ada yang sanggup menghabiskan berpuluh ribu Australian dollar supaya aku dapat melukis lukisan yang mereka inginkan. Sungguh tak sangka galeri aku mendapat sambutan yang agak luar biasa. Di Malaysia, aku tidak tahulah macam mana penerimaan rakyat Malaysia.

” Miss, can I buy this portrait?” Tegur seorang pelangganku yang datang menyapaku tiba-tiba.

” Yes..sure..,” aku terus menghadap pelanggan itu sambil tersenyum. Senyumanku mati apabila melihat lelaki yang sudah lama terkubur dari memoriku sedang berdiri di hadapanku.

” Akim! What are you doing here?” Aku terkejut melihat kehadirannya di situ. Aku sedikit kekok untuk berhadapan dengannya kali ini. Namun begitu, aku seolah-olah sudah tidak ada apa-apa perasaan lagi apabila melihatnya. Tiada lagi rasa cinta padanya. 5 tahun aku gunakan untuk melupakan cintaku terhadapnya.

” I’m looking for you..tak sangka awaklah pelukis terkenal Australia yang heboh di serata dunia lately..,” katanya dengan suara mendatar . Aku tersenyum hambar.

” Well..kenapa? You tak sangka yang orang cacat macam saya boleh berjaya?” Aku menyindirnya. Aku tidak dapat nafikan yang rasa sakit hati masih bersisa dalam hatiku.

” Tak..bukan tu maksud saya..,” wajah Akim kelihatan bersalah. Aku hanya tersenyum sinis.

“Erm..awak makin cantik sekarang ek..tak pakai tongkat dah..”
Apa-apa jela mamat ni. Apa kes nak puji aku? Aku tidak pakai tongkat kerana aku sudahpun melakukan pembedahan plastik dan kini memakai kaki palsu. Jadi, aku tidak perlu risau untuk ke mana-mana..Cuma tidak boleh berlari je.

” Erm..do you want this portrait?” Aku cuba mengalih topik perbualan.Ditambah pula dengan rasa rimas apabila dia merenungku tidak berkelip .

” I just want you...,I still love you honey..” katanya sayu. Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengahalang kenangan pahit itu dari menjengah ke benakku lagi.

” I’m sorry.. I don’t want to talk about us anymore..itu cerita lama okay..,” aku mendengus geram. Apa tujuan dia datang sini? Tak kan semata-mata kerana nak cakap pasal ni?

” Mira.. saya tahu saya salah. I’m so sorry okay..Saya betul-betul rasa bersalah lepas dapat tahu yang Arif dan Hana sebenarnya berpakat untuk pisahkan kita..saya mintak maaf Mira..betul-betul mintak maaf..,saya tak patut tuduh awak bukan-bukan dulu...saya betul-betul menyesal sekarang.. ” Perkataan maaf bagiku sudah terlambat untuk diungkapkan saat ini.

” Hurmm..so awak nak saya buat apa? Kembali pada awak? Awak kan dah ada isteri, buat apa awak nak cari saya?” Kataku dengan nada lembut dan selamba tapi cukup pedas kedengaran.

” Dia dah lari ikut jantan lain. Mira..saya betul-betul nak kita sambung balik hubungan kita yang terputus dulu..please Mira..,saya tak boleh hidup tanpa awak..” rayuannya langsung tidak berbekas di hatiku..

” Senangnya awak cakap ek. Awak tak tahu betapa hancurnya hati saya dulu..Segala-galanya sudah terlambat Akim. Kita tidak mungkin bersama..”

” But why?” Akim langsung tidak berpuas hati dengan jawapanku.

“Actually saya...”

” Honey..what are you doing here?” Aku menarik nafas lega apabila Lokman datang di sini saat ini . Selamat aku, tak payah nak bersoal jawab dengan Akim yang tak faham bahasa ni.

” Mira tengah layan kawan lama Mira ni ha….dia baru je sampai sini..” Aku berterus-terang, tidak mahu berselindung.

” Owh really? Nampak macam orang Malaysia..Are you from Malaysia?” Lokman menghulurkan salam untuk bersalam. Akim teragak-agak untuk menyambutnya. Wajahnya kelihatan cukup hairan melihat kehadiran Lokman di situ.

” Yeah..,err sorry..boleh saya tahu siapa ni?”Akim memandang aku dan Lokman silih berganti. Aku tahu apa yang bermain di fikirannya.

” Abang..kenalkan kawan Mira, Akim..and Akim..this is my husband, Lokman..,” belum sempat Lokman membuka mulut aku lebih pantas menjawab. Mata Akim buntang mendengar jawapanku. Ternyata dia sungguh terkejut dengan kenyataan yang tidak di duga. Wajahnya semakin kelat apabila melihat Lokman merangkul erat pinggangku. Terdapat riak kecewa pada wajahnya. Namun, semua itu aku tidak peduli kini kerana aku sudahpun mempunyai suami yang sah yang aku kahwini 2 tahun lepas .

” Erm..saya minta diri dulu ye..saya ada hal sikit,” suara Akim bergetar. Jelas kelihatan Akim seperti sudah hilang arah.

” Okay..,” Jawabku sepatah. Dia melangkah lesu keluar dari galeriku. Aku tahu dia kecewa namun kekecewaannya tidak mampu menampung rasa kecewaku apabila cinta yang aku tanamkan dalam diriku sewaktu ketika dahulu dikhianati.

” Itu ke Akim, ex-boyfriend sayang dulu?” Aku tersentak apabila Lokman mengajukan soalan itu . Tak sangka Lokman masih ingat cerita aku sebelum dia mengahwiniku dulu.

” Yeah..,” jawabku teragak-agak. Antara kami, tiada lagi rahsia kerana bagi aku Lokman berhak tahu kisah silamku memandangkan dia sudah pun menjadi suamiku.

” Owh I see..,” Lokman terdiam seketika. Aku mulai risau. Aku risau jika dia marah dengan kehadiran Akim di situ.

” Abang marah ke? I’m sorry..Mira tak pernah cakap kat dia yang Mira ada kat sini. Tak tahulah macam mana dia boleh jumpa Mira . Mira mintak maaf ye..,” kataku sambil meraba lembut pipi suamiku.

” Eh tak ada apa-apalah...buat apa abang nak marah. Abang tahu, hati sayang sepenuhnya milik abang kan?” Kata suami dengan senyuman manis terukir di bibir.

” Tahu tak apa..,” aku tergelak kecil .Lega hatiku mendengar jawapan itu.

” I’m yours sayang..even what ever happen now or later..I will always be with you..I love you honey..” Aku tersenyum lebar mendengar bicara romantis yang begitu mendalam maknanya buatku.

” Yeah I know la walaupun abang tak cakap..” Aku mencuit hidung Lokman yang mancung kemudian kami sama-sama tergelak bahagia. Akhirnya aku menemui kebahagiaan yang aku cari selama ni. Sebenarnya Lokman merupakan rakyat Malaysia yang menetap di sini sudah lebih 10 tahun. Aku bertemu dengannya ketika kami sama-sama menuntut dalam bidang kesenian di University of Sydney . Tidak pernah terfikir dalam mindaku untuk bercinta buat kali kedua setelah kecewa dengan cinta pertama. Tapi Allah Maha Besar, Dia yang menentukan jodohku dengannya . Semua itu ketetapan Ilahi. Ternyata setiap apa yang berlaku ada hikmahNya .

Baru kini aku tahu ,hanya Lokman satu-satunya lelaki di dunia ini yang sangat perihatin terhadap nasibku, dia ikhlas mencintaiku walau apa pun yang berlaku. Walaupun Lokman tidak lah sekacak mana tapi keihkhlasannya dalam mencintaiku lah yang membuatkan aku terbuka hati untuk menerimanya. Apa yang pasti dia adalah cinta terakhirku...Hatiku kini miliknya sepenuhnya. Aku bersyukur pada Yang Esa kerana mengurniakan aku seorang suami yang cukup penyayang dan romantis serta memahami hatiku serta mampu memberikan kekuatan kepadaku untuk terus berjuang dalam hidup ini. Alhamdulillah....
Selamat tinggal Akim..wahai cinta lamaku..Biarkan cinta itu terbang dipuput angin Laut Pasifik..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience