Bab 1

Romance Completed 12006

BUKAN CINTA BIASA
DEWI AHKIALUZ

Bab 1

Aku memerhatikan suasana di sekelilingku yang agak bingit dengan riuh rendah pelajar-pelajar baru sepertiku yang sedang sibuk mendaftarkan diri sebagai pelajar sesi 2009/10 di UiTM Shah Alam. Sesekali aku mengerling jam di tanganku, sudah pukul 1 tengah hari tetapi namaku masih belum dipanggil . Dari pagi hari lagi aku menapak di tempat pendaftaran pelajar baru. Sudah panas punggungku duduk di bangku yang terdapat di situ. Aku mengeluh halus. Rupa-rupanya ramai betul manusia dalam dunia ni ek . Lemas aku dibuatnya . Tujuan aku datang ke sini adalah semata-mata untuk mengejar cita-citaku untuk menjadi seorang pelukis terkenal suatu hari nanti. Aku tidak akan peduli seteruk mana keadaan diriku sekalipun, yang pasti aku akan meneruskan usaha untuk mengejar cita-cita itu yang telah kuimpikan sejak kecil dengan apa cara sekalipun. Itu janjiku pada diriku sendiri.

” Nur Umaira Binti Harun,” akhirnya nama aku dipanggil jua.Huh..Aku menarik nafas lega. Lama betul tunggu! Aku segera mencapai tongkat putih yang agak buruk di sebelahku dan perlahan-lahan menggagahkan diri untuk bangun. Fail maklumat diriku aku pegang kemas dalam genggaman. Dengan langkah yang tidak sesempurna orang lain dan hanya berbekalkan tongkat untuk menyeimbangkan diri, aku melangkah perlahan-lahan menuju ke kaunter pendaftaran. Aku perasan ramai orang memandang pelik melihat keadaanku, ada juga yang tergelak sinis melihatku. Namun aku tidak peduli itu semua, kerana bagi aku semua itu sudah biasa aku alami. Aku dah lali dengan cemuhan dan ejekan orang selama ini. Malas aku nak layan .Yang penting, niat aku datang sini untuk belajar.

Sedang aku melalut di dalam hati, tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Aku rebah ke lantai dan tongkatku terlepas. Fail yang kupegang terlepas dan isinya terkeluar,kertas bersepah-sepah d atas lantai . Aku mendengus geram. Siapa pulak yang buta ni? Tak nampak ke aku tengah berjalan ni? Aku jalan dengan berhati-hatipun ada jugak yang tak nampak aku. Marahku di dalam hati namun tidak terluah dengan kata-kata.

” Ops, sorry wak..saya tak sengaja..,” suara garau menerpa ke gegendang telingaku. Dengan wajah geram aku mendongak untuk melihat empunya diri. Aku tergamam seketika melihat kekacakan wajah orang di hadapanku. Handsomenya mamat ni..Aku sedikit ternganga. Sumpah! Sebelum ni tak pernah aku jumpa lelaki sehensem ini. Dia kelihatan kalut .Seketika kemudian dia membantu aku mengemas balik kertas-kertas dalam fail aku .

” Saya minta maaf banyak-banyak okay..,saya betul-betul tak nampak awak tadi..awak tak apa-apa ke?” kata lelaki itu dengan rasa bersalah sambil menghulurkan fail yang sudah siap dikemas kepadaku . Dari sinar matanya aku dapat rasakan keikhlasannya dalam menutur kata.

” It’s okay..saya tak apa-apa..,” jawabku malu-malu kucing. Entah mengapa jantungku berdegup kencang apabila bertentang mata dengannya . Pipiku terasa membahang panas. Adakah aku sudah jatuh cinta padang pertama? Namun, aku cepat-cepat sedar diri. Ish, mana mungkin aku jatuh cinta . Aku tidak layak langsung untuk mana-mana lelaki. Jadi, baik aku jangan berangan. Aku pantas mengambil tongkatku dan dengan susah payahnya aku cuba bangkit. Sekali lagi jantungku berdegup kencang apabila lelaki itu memegang bahuku dan membantu aku untuk bangun. Aku cuba menghalang perbuatannya tetapi tidak sempat.

” Thanx..,” jawabku sepatah lalu terus mengorak langkah perlahan-lahan untuk meninggalkannya .Segan untuk berhadapan dengannya.

” Wait! May I know your name?” Langkahku terhenti mendengar laungan lelaki itu.

” Umaira..panggil saya Mira je..,” laju aku menjawab tanpa memandang wajahnya. Entah mengapa aku sungguh malu dengan situasi itu apa lagi apabila melihat banyak mata-mata sedang tertumpu kepada kami.

” Owh Mira..my name Mustakim..just call me Akim..,” katanya lagi tanpa sempat aku bertanya . Aku memandangnya sekilas kemudian cepat-cepat pandang ke depan . Penangan matanya sudah cukup membuatkan jiwa wanitaku berkocak hebat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience