Bab 7

Romance Completed 12006

Bab 7

” Mira..dah la tu..sampai bila kau nak macam ni..yang dah sudah tu sudah la..,” Latifah memeluk bahuku lembut, cuba mententeramkanku.

” Pah..aku tak sangka dia tipu aku...,” aku merintih hiba. Sudah berapa kali aku cakap benda sama pada Latifah. Tidak dapat bayangkan betapa remuknya hatiku saat ini.

” Ye..aku tahu..tapi kau belum dengar lagi penjelasan dari dia..mana kau tahu dia tipu kau..,” kedengaran Latifah cuba membela Akim. Aku merengus geram.

” Pah..kalau dia tak tipu aku..mesti dia cakap awal-awal yang dia dah bertunang. Jadi, tak ada lah aku mengharapkan dia sangat. Betul la kata orang, aku ni cacat, tak layak untuk lelaki macam Akim. Aku rasa aku patut terima balasan macam ni kerana tak percaya kata-kata diorang..,” tangisanku semakin kuat bergema.

” Mira..kenapa cakap macam tu..tak salah kalau kau nak bercinta dengan siapa-siapa pun .Kau pun manusia, punya hati dan perasaan .Aku ingat lagi masa kita mula-mula kenal dulu, kau pernah cakap kat aku yang kau tak kan peduli apa orang cakap pasal kau. Kau datang sini semata-mata nak belajar kan? So, sekarang kau lupakan dulu pasal ni buat sementara waktu demi exam final bulan depan..,” pujukan Latifah sedikit sebanyak melegakan hatiku. Ya Allah, rupanya selama ni aku jauh menyimpang dari matlamatku yang sebenar. Aku datang sini untuk belajar demi mencapai cita-citaku yang satu tu, bukannya datang untuk bercinta.

” Thanx Pah kerana sedarkan aku..,” jawabku ringkas. Latifah memelukku erat untuk menenangkan hatiku. Ya Allah..tabahkanlah hati hambaMu ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience