Bab 8

Romance Completed 12006

Bab 8

Sudah berminggu Akim cuba merayu dan memujukku dengan pelbagai cara termasuklah menghantar sms, beri hadiah bunga setiap hari, kirim surat dan bertemu depan-depan denganku namun pujuk rayunya langsung tidak aku endahkan. Sekali aku dah terluka, amat susah untuk menyembuhkannya. Aku sudah tidak percaya kepada mana-mana lelaki lagi kini .Cukuplah apa yang Akim dah buat padaku.

” Mira! Mira!” Aku yang sedang sibuk melukis di taman universiti tersentak apabila mendengar namaku dilaung kuat. Dari jauh kelihatan Mamat, teman sekuliahku sedang berlari ke arahku dengan langkah yang termengah-mengah.

” Mamat, ada apa ni? Kenapa awak macam kena kejar hantu je?” Soalku hairan.

” Akim..dia..dia..,” nafasnya tersekat-sekat menahan semput di dada.

” Kenapa dengan Akim?” Aku mulai cemas. Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk sedang menimpa Akim.

” Dia kena belasah. Sekarang dia pengsan kat belakang bangunan kuliah!” Aku terpempan mendengar berita itu. Berus cat dalam tanganku terlepas. Aku menekup mulut dek terlalu terkejut. Tanpa berfikir panjang, aku terkocoh-kocoh meninggalkan Mamat dan terus ke tempat yang dikatakan.

Sebaik sahaja aku tiba di situ, suasana agak sunyi. Aku mencari kelibat Akim namun tidak kelihatan. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Betul ke Mamat ni? Tak ada pun Akim.

” Hai Mira..,” suara garau itu begitu dekat dengan gegendang telingaku. Aku terus menoleh ke belakang. Aku harap orang itu adalah Akim.

” Arif ? Apa awak buat kat sini?” Aku bingung. Macam mana Arif boleh berada di sini. Mana Akim? Aku berasa tidak sedap hati, seolah-olah sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.

” Abang nak jumpa Mira la..I miss you so much sayang..,” katanya lembut. Tangannya mula merayap pada wajahku. Aku menepis kasar.

” Apa ni! Mana Akim?” Aku cemas apabila melihat dia semakin merapatkan dirinya denganku .

” Owh..Akim ye..mana ada Akim kat sini..Abang Arif je ada..,” dadaku bagaikan mahu pecah apabila Arif tiba-tiba memelukku erat. Tongkatku terlepas dan badanku mula hilang keseimbangan . Aku tidak bisa berjalan untuk melarikan diri. Aku diperangkap!

” Heh apa ni! Lepaskan saya!” Aku cuba meronta namun sejauh manalah kudratku yang cacat ini. Badan sasanya ternyata jauh lebih kuat dariku. Dia menolak badanku rapat ke dinding bangunan . Tudungku ditarik kasar sehingga menampakkan rambutku yang panjang mengurai. Pipi dan leherku dicium penuh berahi dan tanpa sempat aku mengelak bibirku pula menjadi mangsanya. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.. Kudratku sungguh lemah untuk menghalang perbuatannya .Aku hanya bisa menangis dan menangis saat ini.

” Mira!” Pelukan pada tubuhku dilonggarkan sedikit apabila tiba-tiba ada suara kasar menyahut namaku.

” Akim?!” Aku ingin berlari mendapatkannya namun aku tidak gagah untuk berlari .Akhirnya aku rebah ke bumi apabila Arif melepaskan aku. Akim hanya memandangku kosong tanpa berbuat apa-apa. Terdapat riak kecewa pada wajahnya.

” Jadi ni la kerja awak ye? Patutla awak reject saya..rupa-rupanya awak dah ada lelaki lain? Lepas tu buat maksiat kat sini pulak ye..tak sangka..betul-betul tak sangka..saya ingatkan gadis cacat macam awak ni baik rupa-rupanya awak lebih teruk dari pelacur! Betul la cakap orang selamani yang awak tak layak langsung untuk saya! Awak bukan cacat anggota tapi hati dan imanpun cacat jugak! ” Luruh jantungku mendengar kata-kata kesat yang terluah dari mulut Akim sendiri. Aku menggelengkan kepala cuba menafikan kata-katanya.

” Akim..awak silap Akim..saya tak macam awak fikir..saya terperangkap..Arif yang perangkap saya..” aku cuba mempertahankan diriku. Aku harap Akim faham akan situasiku.

” Arghhh!! Sudah! Saya dah tak percaya awak lagi! Mulai hari ni, awak jangan risau, saya tak kan kacau hidup awak lagi. Biar jela awak nak jadi pelacur ke bohsia ke..saya tak kisah dah!! Boleh blah lah! ” Amukan Akim semakin menjadi-jadi. Aku terdiam tidak terkata. Sampainya hati kau Akim kata aku macam tu...hanya tangisan tidak berlagu menghiasi wajahku. Aku tidak mampu merubah perkara yang sudah berlaku. Aku hanya bisa melihat Akim pergi meninggalkan aku terkapai-kapai di situ.

” Fiuuhh..what a good drama..so sekarang tugas aku dah selesai..good bye honey...,” kata Arif selamba tanpa sedikitpun rasa bersalah.Dia tersenyum puas. Dia mencapai jaketnya dan kemudian meninggalkan aku seorang diri di situ setelah apa yang dia lakukan padaku.

” Tak guna!! Dasar orang gila!” Aku meraung. Air mata semakin deras mengalir. Kedengaran tawa sinis Arif melihat keadaan aku begitu. Ya Allah..Mengapalah malangnya nasibku. Semuanya berlaku dalam sekelip mata tanpa sempat aku menghalangnya. Kenapa nasib aku seteruk ini? Aku sudah kehilangan segala-galanya termasuklah kesucian dan cintaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience