Bab 9

Romance Completed 12010

Bab 9

Aku merenung kad berwarna pink di hadapanku. Hatiku semakin terluka membaca nama yang tertera di kad itu.

‘Jemputan ke Kenduri Perkahwinan’
Hana & Akim

Kad itu aku koyakkan sehingga hancur berkecai menjadi cebisan kecil lalu aku campakkan di tong sampah. Akim memang kejam! Sampai hati dia buat aku begini. Mana hilang janji setianya untuk mempertahankan cintaku walau apa yang berlaku? Mana?! Masih segar dalam ingatanku pertemuanku dengannya sehari sebelum aku menghabiskan pengajianku di sini.

” Mira, saya ada hal nak cakap dengan awak...,” kata Akim dengan nada serius. Tiada segaris senyuman pun terukir di bibirnya. Walaupun hatiku masih terasa ngilu dengan perbuatannya terhadapku, namun rasa rinduku yang membuak-buak membawa aku untuk bertemu dengannya.

” Hal apa..cakap la..” Jauh di sudut hatiku, mengharapkan Akim meminta maaf denganku dan menagih kembali cintaku.

” Bulan depan, saya akan kahwin...,” katanya straight to the point. Aku terkedu. Ternyata harapanku untuk mendengar perkataan ˜maaf’ dari bibirnya berkecai sebaliknya digantikan dengan rasa sedih yang amat sangat.

” Owh yeke..kahwin dengan siapa?” Aku cuba berlagak tenang. Tidak mahu menjadi seorang yang mudah melatah dengan situasi itu.

” Hana..ini kadnya..,jemputlah datang ke kenduri tu nanti ye..” Wajahnya kelihatan selamba seperti tiada apa yang berlaku semasa menghulurkan kad itu. Aku sebak. Aku teragak-agak menerimanya.

” InsyaAllah..,” aku dapat rasakan suaraku bergetar menahan sebak. Aku terpaksa menerima kenyataan yang kisah cintaku sudah berakhir walaupun hatiku terasa perit sekali.

” Mira..kau dah siap ke?” Aku terus menyeka air mataku apabila Latifah tiba-tiba muncul di situ. Lamunanku melayang begitu sahaja.

” Dah…” Jawabku dalam sebak.

” Mira..kau menangis lagi ke? Dah la tu..benda yang lepas biarlah lepas. Kau menangis macam ni pun bukan boleh ubah keadaan..anggaplah ni semua dugaan hidup yang terpaksa kau telan,” Latifah menepuk-nepuk bahuku. Dia bersungguh-sungguh mahu menenangkanku.

” InsyaAllah Pah...aku akan cuba lupakan benda ni..,” jawabku dengan esak tangis masih kedengaran.

” Ha..macam tu la kawan aku..dah dah..jom kita bertolak .Nanti bas kau terlepas pulak..” Aku mengangguk lesu. Aku mendapatkan beg galas dan beg pakaianku di atas katil.Hari ni adalah hari terakhir aku di universiti ini yang penuh dengan kenangan suka duka . Aku akan pastikan aku tidak kembali lagi ke sini selain untuk konvokesyen .Selamat tinggal UiTM..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience