Chapter 10

Short Story Series 1722

Selesai majlis konvo, Iman terus mendapatkan ahli keluarganya. Sedang asyik berbual dengan kak Ainur dan Abg Farid, tetiba muncul sorang laki disisi Abg Farid. Iman hanya menjeling kepada lelaki itu. 'buat apa dia datang sini.. sibuk jela. '

"Kau buat apa datang sini?" marah Iman.
"Ish, Iman xbaik marah orang macam tu. xelok. mak xajar tau. " tegur mak.
"yela" jawab Iman.

"Iman, akak yang suruh dia datang sini. Dia ada hal nak cakap dengan Iman. Asyraf cakap lh kat kami semua perkara yang nak dibincangkan tu." jelas Ainur.

" Erm.. Iman sebenarnya aku datang sini sebab nak bagitahu yang aku dah bincang dengan family aku dan family kau pasal... "belum sempat Asyraf menghabiskan kata-katanya, Iman menyampuk.

"bincang pasal apa? apa kaitan family aku dengan family kau ni? "sedikit tinggi suara Iman memarahi Asyraf.

"Iman, sebenarnya aku nak meminang kau hujung minggu ni. Family kau pon dah setuju. "jawab Asyraf sambil memandang ke arah kak Ainur.

"Betul tu Iman, Asyraf dah datang jumpa kami dua hari lepas untuk nyatakam hasrat dia ni. Iman setuju tak? "tanya Abg Farid.

"hah!! biar betul.. tak! tak! Iman tak terima. Iman tak kenal pon dia ni siapa. takkan lah Iman nak kahwin dengan dia Abg. No! "Iman terus berlalu meninggalkan mereka.

"pergi lah pujuk dia Asyraf" ujar Abg Farid.

Asyraf mengikuti Iman menuju ke sebuah tempat rehat. Iman menyedari kehadiran Asyraf dibelakangnya lalu menuju ke tempat yang Agak sedikit orang lalu lalang.

"kau ingat sweet lah datang bawak berita ni masa konvo aku? hah!? kau ingat aku ni apa? boleh terima orang sesuka hati ke? kau ingat aku ni tak ada perasaan ke? hah! " marah Iman meluap-luap.

"Iman saya tahu, awak tak kenal saya. Tapi lepas awak kahwin dengan saya, nanti awak kenal lah saya.. Iman saya dah lama simpan perasaan ni pada awak. dari awal kita belajar di universiti ni lagi. Iman please. Cinta selepas nikah lebih indah. Saya nak jadi yang halal untuk Awk. dan saya nak mencintai orang yang dah halal untuk saya. Iman.. "Asyraf seakan-akan merayu dalam setiap bibit-bibit katanya itu.

"bagi aku masa" jawab Iman. lalu meninggalkan Asyraf. sempat dia terpanjang senyuman manis pada wajah lelaki yang melamarnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience