chapter 12

Short Story Series 1722

"Terima kasih awak sebab sudi terima saya sebagai suami awk" tersenyum Asyraf apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Iman.

"Baru tunang, tak kahwin lagi. jangan nak suami-suami sangat ye. " sinis kata-kata Iman.

"hahaha. baiklah tunangku. semoga urusan kita disatukan akan dipermudahkan oleh Allah. "ujar Asyraf tulus dari hati. Iman tersentuh apabila mendengar setiap kata-kata daripada Asyraf.

'terima kasih sudi terima aku' detik hati Iman.

"tahniah Iman dan Asyraf. dah tak lama nanti sahabat aku ni naik pelamin lah nanti. " usik Nailah. walaupun hatinya sakit apabila tahu berkaitan majlis pertunangan Iman dengan Asyraf. namun tidak semudah itu dia akan membiarkan majlis kahwin sahabatnya itu dengan jejaka idamannya berjaya. dia akan cuba untuk menghalang rancangan itu.

"terima kasih Nai sebab sudi datang. nanti kenduri kahwin kami jemput lah datang ye" ajak Asyraf sambil memandang wajah bakal isterinya yang sudah mula mencebik. 'comel pulak dia ni.'

"haha.. In Shaa Allah. mesti lah Nai datang. Sahabat Nai kahwin kan. Nai pon teringin jugak nak naik pelamin. " kata nailah penuh dengan makna yang mendalam.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat rapat dengan Iman dan jugak sangat dikenali oleh Asyraf dan Nailah. Nailah tersenyum bahagia apabila melihat mangsa nya yang baru.

"Tahniah Iman, Asyraf. semoga korang bahagia dengan hubungan ini. "ujar Amirul dengan senyuman manis. namun hatinya sangat sakit apabila memikirkan gadis idamannya sudah menjadi milik orang lain.

"Am. siapa bagitahu Am pasal majlis pertunangan ni? "tanya Iman. Iman terkejut dengan kehadiran Amirul dalam majlis pertunangannya itu, kerana dia hanya menjemput Nailah seorang mewakili sahabatnya. yang lain hanya saudara terdekat.

"Terima kasih Amirul sebab sudi datang. nanti jangan lupa jemput ke majlis kami. " jawab Asyraf. matanya sempat menjeling Iman yang dalam kegelisahan. 'dia ni ada hati ke kat amirul ni? gelisah semacam je'

"dah lah. jom makan. " ajak Nailah.

"wey.. Iman kau tak perasan ke si Am tu dari tadi perhatikan kau je. ntah-ntah kan, dia masih simpan perasaan kat kau tak. kau tak cuba tanya dia ke? tapi kan. macam mana kalau betul yang dia masih simpan perasaan kat kau. rugi lah kau terima lamaran Asyraf tu. kau mesti akan lagi bahagia dengan Am. lagi pon kau kan kenal Am tu macam mana. kau sendiri pernah cakap kau boleh ngam dengan Am tu. kau tak menyesal ke hah? "pujuk Nailah. Nailah akan cuba sedaya upaya dia untuk memutuskan hubungan Asyraf dengan Iman.

"kau jangan macam-macam ek. dengar kat family aku dan family Asyraf nanti. nanti diorang ingat aku ni apa pulak. dah lah. makan lah. aku penat. nak g rehat kejap lagi. " bisik Iman kerana risau didengari saudara maranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience