Sekembalinya Khairina Iman dan Nailah ke kampus, mereka ditegur oleh rakan kelas Nailah, Amirul. Amirul memandang Iman dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan oleh Nailah dan Iman sendiri.
"Nailah, kau g mana hah?. puas aku cari semalam. Ni Nad minta aku bagi kat kau. Dia asyik tanya pasal kau je, naik rimas aku. Dia ingat aku ni kembar kau kot, ikot je mana kau pegi. Stress aku." bebel Amirul sambil matanya tidak lepas dari memandang Iman.
"La.. yeke.. kesiannya la kembar aku ni.. sory ok. Aku pergi rumah kawan aku ni. Ada kenduri kahwin. Lupa pulak aku nak bagitahu kat si Nad tu." jelas Nailah.
"bebel-bebel pon mata tu asyik pandang sini tu dah kenapa? kepala dah tak boleh nak tunduk ke smpai tegak je macam tu. "marah Iman apabila menyedari renungan Amirul yang tidak lepas memandangnya.
"Owh..maaf. Saya Amirul, rakan satu kelas dengan Nailah. Awak nama apa? " tanya Amirul sambil tersenyum menutup malu apabila ditegur seperti itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa matanya tidak mahu lepas dari melihat wajah gadis yang baru dikenalinya itu.
"Sibuk!!. Jom lah Nailah kita pergi makan. kejap lagi ada yang kena makan dengan aku" kata Iman. Walaupun lelaki itu masih tersenyum memandangnya menyebabkan dia rasa serba salah dengan kata-katanya pada lelaki itu, namun dia sudah nekad tidak mahu mendekatkan diri dengan mana- mana lelaki.
Nailah terus mengikuti Iman yang sudah jauh ke meninggalkan dia menyebabkan dia terpaksa menjerit sedikit untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Amirul.
"Bye, Amirul. Nanti jumpa di kelas esok. Assalamualaikum. " jerit Nailah sambil tersenyum.
Share this novel