Chapter 7

Short Story Series 1722

Kerana kerap menemani Nailah berjumpa dengan Amirul tanpa disedari telah merapatkan lagi hubungan antara Iman dengan Amirul. Namun Iman masih berjaga-jaga ketika berhubungan dengan mana-mana lelaki termasuk lah dengan Amirul kerana dia tidak mahu kisah lama berulang kembali.

"Wey! kau ingatkan sape tu sampai aku panggil berpuluh kali pon tak dengar. Jenuh tau tak. Sakit tekak aku. ingatkan pakwe ke?"marah Amirul pada Iman yang sedari tadi mengelamun.

tersenyum malu Iman apabila ditegur oleh Amirul kerana kantoi berangan. 'Nasib baik dia tak tahu aku mengelamunkan pasal dia' getus hati Iman.

"Ish! kau ni.. aku ingatkan assignment yang berlambak tu. banyak kot. tambah-tambah yang berkumpulan, semua subjek nak buat dalam kumpulan. Dah la campur jantina. eeiii.. tak suka la aku. "bebel Iman pada Nailah dan Amirul. Tersengih mereka berdua mendengar Iman membebel. Memang itu yang selalu dibebelkan Iman apabila tiap kali dia diberikan tugasan berkumpulan dengan lelaki.

"Kau ni. Aku tengok pakaiannya dah muslimah dah tapi bila aku tengok kau ni anti betul dengan lelaki. pelik aku. tak kan kau ni lesbian kot? " gurau Amirul

Tersedak Nailah apabila dengar kata-kata yang keluar dari mulut temannya itu. Nailah pantas memandang Iman, ingin melihat reaksi sahabat lamanya itu. sakit hatikah dia? marahkah dia?..

"Kalau aku ni lesbian dah lama dah aku lamar Nailah ni untuk aku, dah lah cantik, sopan manis pulak tu. rugi kalau dilepaskan. nanti orang lain yang dapat". ucap Iman dengan suara yang sedikit lembut.

Terkejut Nailah dan Amirul bila dengar kata-kata Iman namun cuma seketika apabila ketawa mereka bertiga bergema dibawah perpustakaan yang agak lenggang tanpa menyedari ada mata yang memerhatikan setiap gerak geri mereka. Timbul satu perasaan yang tidak senang apabila mendengar ketawa mereka bertiga. 'Uh! kenapa dengan hati aku ni? cemburu ke? tak mungkin lah' getus hati lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience