chapter 1

Short Story Series 1722

Hampir bertahun lamanya dia meninggalkan sekolah dan juga masa lalunya itu, tetapi kenangan sering menerjah diri dan perasaannya.

Dia menjadi takut untuk berjumpa dengan orang yang pernah digandingkan dengannya suatu masa dahulu. Takut untuk melihat dan berjumpa dengannya menyebabkan hatinya tawar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti teman-teman sekolahnya itu.

Takut dan malu untuk mengingati dosa-dosa yang pernah dilakukan dahulu. Dosa berhubung dengan ajnabi dan dosa kerana telah bermain dengan perasaan dari syaitan.

Walaupun dirinya masih lagi tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan di luar. Tetapi dirinya lemah dalam menjaga batas pergaulan ketika dalam media social.

Rasa kecewa dan sakit dalam hati bila mengenangkan apa yang pernah dilakukan dahulu. Dia tahu ini lah masa untuk dia betul-betul berubah dan bertegas dalam segala hal apabila berkaitan dengan kaum yang bernama lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience