"Apa kau cakap? kau nak kahwin? dengan sapa wey Iman? kau tak pernah bagitahu aku pon yang kau bercinta selama ni? kau tak pernah bawak aku jumpa dia pon" tanya Nailah kepada Iman.
"aku pon tak kenal dia. Dia datang jumpa family aku, lpas tu datang jumpa aku masa konvo ari tu. masa tu la dia cakap kat aku, dia nak kahwin dengan aku. Dia cakap nak bercinta selepas nikah. aku pening lah Nai. patut ke aku terima dia? " kata Iman dengan lemah. Dia tak tahu keputusan apa yang perlu dia buat.
"sapa dia? cuba bagitahu aku. " soal Nailah.
"Asyraf hakimi. Dia pernah datang kenduri kakak aku dulu. ingat tak. lelaki yang selalu perhatikan kita dulu tu. Dia lah" jawab Iman.
"Hah!! Asy... Asyraf...? kau biar betul? " Nailah terkejut sampai tergagap-gagap.
"Betullah.. apa yang aku dapat kalau tipu kau. macam mana ni Nai.. Aku pening lah. buntu tahu tak. " gelisah Iman memikirkan jawapan yang perlu dia berikan kepada family dia. Dia meminta tempoh selama 2 minggu untuk memberikan jawapan lamaran itu.
"kalau kau tak suka dia, tak payah lah terima. ke kau dah suka kan dia tak. sebab tu kau teragak-agak nak tolak dia. kan.. kan...? " dalih Nailah.
"kau ni. pernah ke kau nampak aku berbual mesra dengan dia? pernah ke kau nampak aku bergayut lama-lama dengan dia? tak pernah kan? tang mana plak lah datang suka tu.kau ni pon. " marah Iman.
"habis tu kau nak buat apa ni? erm. aku rasa kau tak yah lah terima dia. kau kan tak kenal dia. ntah-ntah dia ada niat jahat ke kat kau. mana kita tahu kan. "kata Nailah.
"nanti lah aku fikirkan. serabut la kepala aku ni" Iman meninggalkan Nailah bersendirian di restoran kegemaran mereka berdua.
'harap-harap lah Iman tak terima. kalau tak melepas lah aku. ish! si Asyraf ni pon satu, yang dia pergi melamar Iman dah kenapa. Aku yang dah lama simpan perasaan kat dia, tak nak pulak. jual mahal konon. cehh' detik Nailah.
Share this novel