Nur Khairina Iman, nama yang diberi oleh abangnya yang membawa maksud yang sangat cantik.. Cahaya kebaikan keimanan.
Iman berjanji dalam dirinya bahawa dia tidak akan sekali-kali mengulangi apa yang pernah dia lakukan dulu.
"Iman!! bila la kita nak ada usrah lagi kan. Dah seminggu kita masuk universiti ni, tapi sorang pon xde ajak kita kan." kata Nailah dengan sayu.
"Sabar lah nailah, nanti kita pergi surau ye. Mana tahu nanti ada akak-akak yang buat usrah, kita masuk jela usrah diorang." pujuk Iman.
"Ish kau ni, ingat senang-senang je boleh join usrah. Kita kena tengok jugak akak tu macam mana. Buatnya akak tu ajar ajaran sesat macam mana. tak ke naya kita nanti." bebel Nailah.
"ermm.. betul jugak kan. nape la aku xfikir. " kata Iman sambil senyum - senyum.
"Eh jom la kita g surau. Dah nak dekat zohor ni. Nanti boleh kita kenal-kenal dengan akak-akak surau. " kata Nailah
"Jom!!! " sambut Iman dengan bersungguh-sungguh.
Share this novel