Chapter 4

Short Story Series 1722

"Nailah, aku rasa xsedap hati kebelakangan ni. Aku rasa macam ada orang perhatikan aku. Seram wey!!. " bisik Iman kerana risau didengari orang lain.

"Eh, kau biar betul. Tak kan kat sini ada stalker. Perasaan kau je kot. Ntah-ntah kau yang perasan tak. hahaha" kata Nailah sambil gelak tanpa mempedulikan temannya itu.

"Ah! kau tak percaya aku xpe. Kalau jadi apa-apa kat aku, kau kena jawab dengan family aku." marah Iman.

"Alaaaa.. Iman jangan lah marah. Aku gurau jela. Emm... Ntah-ntah orang tu nak kawan dengan kau tak. Tapi dia malu nak tegur, jd dia usha je la kau dulu." pujuk Nailah.

Sedang asyik dua sahabat tu berborak, tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki.

"Assalamualaikum, saudari ni Nur Khairina Iman kan? " kata lelaki itu.

"Wa'alaikumusalam, ye tu nama aku. Kau ni sape ye? Aku kenal kau ke? " jawab Iman dengan malas. Tetapi hatinya berdebar saat lelaki itu menyebut nama penuhnya. Belum pernah ada yang memanggil nama penuhnya.

Lelaki itu tersenyum, dan terus memperkenalkan dirinya kepada dua gadis yang cantik dan manis dihadapannya itu.

"Saya Asyraf, Asyraf Hakimi bin Malik. Asal Johor, kat Batu Pahat. Iman tak kenal saya ke? Saya dan Iman satu kos dan kita selalu sama kelas dalam subjek elektif. Owh. mungkin saya ni tak cukup hensem untuk Iman mengingati saya. kan? " ucap lelaki itu dengan senyum.

Iman dan Nailah berpandangan antara satu sama lain sambil hati mereka berbisik. 'Mamat ni dah kenapa'.

"Ooo.. kawan kelas Iman ke.. Jemput lah duduk. Saya Nailah, kawan Iman dari stpm dulu. Kami belajar disekolah yang sama dulu dan dah janji nak masuk universiti sama-sama. Saya asal Selangor. " kata Nailah dengan ramah.

'sejak bila pulak budak ni ramah dengan orang ni. xpernah-pernah ni' Iman buat muka selamba.

"Jom lah nailah. Aku sakit perut la pulak. Aku pergi dulu. Maaf ye Hakimi. "kata Iman sambil bangun untuk beredar. Tidak betah dia lama-lama tambahan pula dengan lelaki yang tidak dikenali itu.

"Wey! tunggu la aku. Saya pergi dulu ye Asyraf. Iman memang macam tu. Dia anti lelaki sikit. "
kata Nailah sebelum berlari mengejar Iman.

lelaki itu ketawa melihat telatah dua gadis cantik itu. Sempat lelaki itu meneliti wajah dua gadis itu. Nailah, seorang gadis yang agak kasar tetapi masih berpakaian sopan dan kulitnya cerah berbanding Iman. Iman pula seorang yang lemah lembut dan sopan. Pemakaiannya juga sangat sopan dan gayanya mampu menarik minat mana-mana lelaki untuk berkenalan dengannya.

'Jumpa lagi Nur Khairina Iman'bisik Asyraf hakimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience