Chapter 5

Short Story Series 1722

Pada hujung bulan, Iman mengajak Nailah untuk mengikutinya pulang ke kampung kerana ada majlis perkahwinan kakak Iman, iaitu Ainur mardhiah.

Iman menjadi jurugambar untuk majlis kakaknya itu, manakala Nailah menjadi pengapit kakaknya.
Ketika sibuk menangkap gambar tetamu-tetamu yang hadir, tiba-tiba lensa kameranya tertangkap susuk tubuh yang dia seakan-akan mengenali identiti lelaki itu. Terpana! ye itu lah perkataan yang sesuai ketika itu.

Tanpa menyedari diri diperhatikan, dengan selamba lelaki itu mengatur langkahnya ke arah pengantin lelaki dan berbual mesra dengannya. Nampak keakraban mereka berdua.

'Apa hubungan dia dengan abang ipar aku ni.. aduiii.' detik hati Iman.

"Eh, mana jurugambar ni, kita bayar mahal-mahal, dia lari pulak" ujar Ainur sambil tersenyum.

'habis la aku, mana nak nyorok ni. tak kan nak nyorok bawah meja pulak. mana nak lari ni.' bisik Iman.

Belum sempat Iman melarikan diri, abang iparnya terlebih dahulu memanggil namanya apabila ternampak dia disebalik tetamu yang ramai.

"Iman!! meh sini ambik gambar kami" panggil Farid, abang ipar ku.

Dengan terpaksa, aku heretkan juga kaki ku ini ke arah mereka. Sempat aku melihat muka asyraf hakimi yang terkejut dengan kehadiranku sebagai jurugambar ketika itu.

Tanpa melengahkan masa, aku terus menangkap gambar mereka. Sempat aku melihat senyuman manis yang diberikan oleh jejaka yang berada disebelah abang ipar aku tu.. 'Amboiii... sempat lagi tu'.

"tak sangka abang Farid ada upah jurugambar yang cantik macam ni. Pandai ye abang Farid cari. "
kata asyraf hakimi sambil tersenyum pada aku.

Abang Farid dan kak Ainur tergelak apabila terdengar kata-kata asyraf hakimi dan melihat wajahku yang mencuka.

"Eiii.. sibuk je la dia ni."marah Iman dalam hati.

"Alaaa.. Iman, Asyraf gurau je tu.. Asyraf ni la adik akak yang akak pernah cerita kat kamu dulu tu. Dia kan satu kos dengan kamu di universiti. kamu tak pernah berjumpa atau terserempak ke? " terang kak ainur apabila lihat muka masamku. Keterangan Ainur tentang adiknya itu menyebabkan riak terkejut diwajah asyraf hakimi jelas kelihatan.

"Tak!! alaa.. akak, lagi pon kelas kami ramai. bukan Iman dengan dia je dalam kelas tu." laju Iman menjawab sebelum asyraf hakimi menceritakan hal yang sebenar kepada kakak dan abang iparnya.

tersenyum sinis lelaki tu.

'la.. adik kak ainur rupanya.. emm.. lagi lah senang nak tackle. hehe.' getus Asyraf hakimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience