Chapter 8

Short Story Series 1722

Semakin hari semakin rapat hubungan antara Iman, Nailah dan Amirul menyebabkan ada desas desus mengatakan Iman dan Amirul adalah pasangan kekasih. Desas desus itu menyebabkan hati Iman tidak keruan. Dia gelisah apabila Nailah memberitahunya ada teman kelasnya menyatakan bahawa Iman dan Amirul adalah pasangan kekasih.

"Iman, betul ke apa yang aku dengar ni? kau dengan Amirul..."tanya Nailah namun belum sempat menghabiskan kata-katanya, Iman menyampuk.

"Ish! kau ni. kan Aku dah cakap, dia dengan aku kawan je. Macam kau dengan aku. Aku tak pernah ada apa-apa perasaan pon pada dia, dia pon sama. Tak mungkin lah! " tegas Iman kepada Nailah.

"Mana kau tahu Amirul tak ada apa-apa perasaan pada kau? kau tak perasan ke pandangan dia pada kau selama ni? ke kau buat-buat tak tahu je dengan perasaan dia? atau kau memang lesbian? " soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Nailah menyebabkan Iman terkedu.

"Dah la. Aku tak ambik tahu dah pasal ni. Lepas ni aku tak jumpa dengan Amirul lagi. Seandainya persahabatan kami ini menyebabkan berlakunya gosip-gosip murahan ni, aku tak ada pilihan lain selain menjauhkan diri aku daripada Amirul. Kau tolong bagitahu Amirul jangan hiraukan aku lagi. Assalamualaikum "tegas Iman sebelum keluar dari bilik Nailah.

'Aku dah agak benda ni mesti berlaku. Sebab ni lah aku tak nak dekat dengan lelaki. Uh!! 'getus hati Iman dengan geram.

Kerana terlalu marah, Iman hampir terlanggar seorang lelaki menyebabkan kepala lelaki itu terhantuk pada tiang apabila cuba untuk mengelakkan daripada bertembung dengannya.

"Aduh! sakitnya. " walaupon hanya berbisik namun telinga Iman masih dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Iman membatalkan niatnya untuk memarahi lelaki itu apabila terdengar rintihannya. Timbul perasaan kesian pada lelaki itu apabila melihat dia menggosok dahi yang mula membiru.

"Eh. Awak..erkk..Kau.. Kau tak apa-apa ke? Maaf salah aku sebab jalan tak pandang kiri kanan. Dahi kau ok ke?" lembut tutur kata Iman pada lelaki dihadapannya.

"Alhamdulillah, tahu pulak awak cakap lembut dengan saya. Ingatkan hanya tahu cakap kasar jer. tak pe bukan salah awak je. Salah saya jugak sebab xtengok depan masa jalan. kan dah dapat hadiah dari tiang ni. " gurau lelaki itu sambil tersenyum manis memandang gadis yang dah berubah wajahnya apabila baru tersedar siapa lelaki itu.

"Kau!!!. huh! Ingatkan sape tadi. tahu pon salah kau. lain kali jalan tengok depan. jangan reti senyum je tp mata xreti guna. "marah Iman pada Asyraf hakimi. Iman menyembunyikan senyum apabila dengar gurauan lelaki itu. 'Tahu pulak nak buat lawak. Ingat pandai sakitkan hati orang je.' getus hati Iman.

Asyraf terdiam menyebabkan Iman gelabah. 'Eh, kenapa dia ni. tetibe serius. dia terasa dengan kata-kata aku ke?'

"Emm.. maaf kalau kau terasa dengan kata-kata aku. hurm.. Dahi kau ok ke? dah biru tu. nanti beli ais, tuam atas dahi ye. biar surut sikit bengkak tu. " ujar Iman dengan rasa serba salah.

Asyraf hakimi tersenyum kemenangan kerana berjaya menurunkan ego yang sangat tinggi dalam diri gadis dihadapannya itu. Hatinya berdebar apabila dengar kata-kata yang lembut daripada Iman.

"Alhamdulillah, dahi saya ok. Cuma hati saya je rasa macam nak jatuh bila dengar suara awak. tak sangka awak masih prihatin dengan saya. Terima kasih." kata Asyraf sambil tersenyum.

"Tak apa la, aku balik dulu. maaf sekali lagi. Assalamualaikum. " pantas kaki Iman melangkah meninggalkan Asyraf. Malas hendak melayan perangai pelik lelaki itu.

Asyraf masih tersenyum apabila mengingati peristiwa yang agak manis dihati dan fikirannya tetapi sakit di dahinya, tetapi dia tidak kisah asalkan Iman sudi bercakap dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience