“Abang… Buatkan Sarah susu panas..”
“Nak susu pulak? Sarah nak buli abang ke?”
“Buat jelah.. Sarah nak minum susu panas.. Abang buatkan eh? Terime kasih sekali lagi abang..” Maisarah tersenyum gembira. Aiman pergi ke dapur dan membancuh susu panas. Dia kembali semula ke ruang tamu. Isterinya tertidur. Dia meletakkan segelas susu tadi di atas meja kaca. Lantas, dia mengejutkan isterinya. Maisarah tersedar. Tidak sedar yang dia boleh terlelap.
“Sarah,, nah abang dah buat susu ni..Minumlah cepat..”
“Tak pelah bang.. Sarah rase tak nak minum susu pulak.. Abang simpan jelah susu tu dalam peti sejuk. Sarah rase dah kenyanglah..”
“Sekarang Sarah tak minum pulak? Tadi Sarah yang suruh abang buat susu ni.. ” Aiman naik pening melayan kerenah isterinya.
“Sarah..tutup mate Sarah.. Abang nak bagi something..”
“Abang nak buat ape? Hurmm..”
“Alah.. Sarah tutup jelah mate.. Sarah tak nak tutup mate, abang tak nak bagi Sarah benda ni.” Maisarah akur. Dia menutup matanya rapat. Aiman tersenyum.
Dia menyuruh isterinya membuka mata semula.
“Dari mana abang dapat rantai ni? Penat Sarah carik tapi tak jumpe-jumpe..” Sarah gembira melihat rantai arwah mamanya yang tergantung di tangan suaminya. Tangan Maisarah mahu memegang rantai itu tetapi dihalang oleh Aiman.
“Abang baru jumpe. Kat mane abang jumpe tu secret. Tak nak bagitau Sarah.. Sarah yang careless sampai hilang rantai ni..”
“Tak kisahlah abang jumpe kat mane.. Sarah nak rantai tu.. Kenape abang tak nak bagi kat Sarah?”
“Kiss abang dulu kat pipi…”
“Eeee… Gatal! ”
“No kiss, no necklace… Haha.. padan muka..” Nak tak nak, Sarah terpaksa mengucup pipi suaminya. Aiman tersengih nakal. Dia memakaikan isterinya rantai tersebut. Kalung itu memang padan dengan isterinya. Wajah jelita Maisarah ditatap.
“Sarah naik atas dulu. Biar abang yang kemas.”
“Okey.. Baik abang malam ni..” Maisarah tersenyum simpul. Dia bergerak memasuki bilik. Aiman memasukkan lebihan asikrim dan segelas susu tadi ke dalam peti sejuk. Kemudian, dia menaiki anak-anak tangga menuju ke bilik.
Maisarah sedang nyenyak tidur. Dia duduk di tepi katil. Matanya terlihat bekas luka di kedua-dua tapak kaki Maisarah. Kesan melecur itu tidak juga hilang-hilang. Mungkin mengambil masa yang agak lama. Aiman menyarungkan sepasang stoking berwarna biru gelap di kaki isterinya.
Dia merebahkan badannya di sisi Maisarah. Tubuhnya mengiring memandang Maisarah. Dahi isterinya dikucup. Lantas dia memeluk isterinya.
”Sarah… Terima kasih sebab hadir dalam hidup abang..” Dia berbisik di cuping telinga Sarah. Maisarah tersenyum. Akhirnya, kebahagiaan yang dicarinya selama ini muncul. Hati Maisarah Nabilah dan Aiman Sufyan bersatu.
Share this novel
Update lg