“Abang..bangun bang.. Bangunlah..” Maisarah mengejutkan suaminya yang sedang nyenyak tidur di atas sofa. Namun, suaminya tak bangun-bangun. Tidur mati agaknya. Malam itu sangat sejuk.
“Abang, bangunlah bang..” katanya lembut. Aiman terbangun. Dia berasa agak mengantuk. Kenapalah isterinya mengganggunya tidur..
“Ade ape Sarah? Abang nak tidurlah..”
“Abang…Sarah nak makan aiskrim..Abang belikan boleh?”
“Aiskrim? Dah malamlah Sarah..Esok pagi jelah abang gi beli.”
“Tapi Sarah nak sekarang…. Nak jugak.. Belikan aiskrim sekarang…Bukannye malam sangat pun.. Baru pukul sepuluh setengah kot…”
“Abang janji esok pagi abang beli. Abang nak rehatlah sekarang..Esok jelah eh? Esok pagi abang beli banyak-banyak untuk Sarah…” Aiman kembali menyambung tidurnya yang terganggu. Maisarah berasa kecil hati dengan suaminya.
Dia berasa sedih. Kecewa dengan perbuatan suaminya yang tidak mahu memenuhi permintaannya pada malam itu. Dia memegang perutnya. Kandungannya mencecah usia lima bulan. Aiman terbangun semula kerana terdengar tangisan isterinya.
“Abang dah tak cinte kat Sarah..Abang dah tak sayang dengan anak kite. Sarah mintak aiskrim jer.. Tu pun abang tak nak beli ke?” Maisarah terus menangis. Semakin lama semakin kuat. Aiman bingung. Dia meraih isterinya ke dalam pelukannya. Dahi Sarah dikucup lembut. Begitu juga dengan pipi kanannya.
“Kenape Sarah cakap macam tu? Abang sayangkan Sarah sangat-sangat. Dah. Jangan nangis lagi.” Aiman mengesat air mata isterinya. Dia memeluk Maisarah dengan erat. Maisarah membalas pelukan suaminya.
“Kalau abang tak nak tengok Sarah nangis, abang belikan Sarah aiskrim..Nak aiskrim coklat…Sarah nak yang besar..”
“Okey okey. Abang pergi beli sekarang. Abang mintak maaf…” Aiman terpaksa memenuhi permintaan isterinya. Sejak isterinya mengandung, macam-macam yang dia minta. Maisarah pula amat sensitif. Cepat sangat menangis.
Aiman membeli aiskrim Wall’s. Dia membeli tiga bekas. Esok-esok tak perlu keluar lagi. Kakinya menapak semula ke dalam rumah. Dia terlihat Sarah memegang sudu di tangan. Apa-apa jelah isterinya…
“Yay.. Abang beli jugak.. Terime kasih abang! I love you so much..”
“Time nilah baru nak cakap i love you.. Hurmm..”
“Abang.. suapkan..”
“Sarah nak abang suapkan pulak? Haish..”
“Abang tak nak suapkan, Sarah nangis kuat-kuat. Sampai telinga abang tak boleh dengar. ” Maisarah mengugut.
”Ye princess..meh sini abang suapkan..” Aiman mengambil sudu yang berada di tangan Maisarah.
Lebih tiga per empat aiskrim coklat itu habis. Berselera betul isterinya. Dia melihat Sarah dan tergelak. Mulut isterinya comot. Maisarah mula menarik muka tanda merajuk. Tangan Aiman mengelap sisa aiskrim yang melekat di tepi bibir isterinya. Macam budak-budak…
Share this novel