“Mama… Apa yang mama buat kat atas siling tu? Turunlah mama.. Sarah nak mama turun sekarang juga. Cepatlah turun.. Mama tak sakit ke?” Maisarah Nabilah menarik lembut bucu seluar ibunya.
Namun Datin Aliyah masih tidak memberi sebarang respon. Tubuhnya masih tergantung. Tali yang agak tebal itu menjerut lehernya. Ya! Datin Aliyah membunuh diri! Anak kecilnya seakan tidak mengerti. Menganggap ini hanyalah sandiwara ibunya semata-mata. Dia masih tidak berputus asa untuk mengejutkan ibunya. Dia memanggil ibunya sekali lagi.
“Mama..mama jangan main-main dengan Sarah.. Mama turunlah sekarang..Sarah tahu leher mama sakit kan? Mama, tolonglah turun mama..Sarah dah sediakan kerusi ni untuk mama turun.. Mama turun sekarang eh?” Usaha Maisarah menemukan jalan buntu.
Ibunya langsung tidak mengendahkannya. Air mata Maisarah mengalir dengan begitu deras. Mana mungkin ibunya turun dalam keadaan leher yang terjerut begitu. Dia terjelupuk di atas lantai. Tangisannya bergema di setiap ruang Vila Permata. Esakannya semakin menjadi-jadi. Perasaan hibanya tidak dapat dibendung lagi.
Tangisan anak kecil yang berusia lapan tahun itu memecah kesunyian malam. Dia mengesat air matanya yang tumpah. Dia mencapai sekeping kertas kecil yang terletak elok di atas meja kaca tersebut. Dia mula membaca tulisan tangan ibunya.
‘Kepada Sarah, anak kesayangan mama, Mama pergi dulu ye sayang. Jaga diri tu elok-elok. Maafkan mama kerana gagal menjadi seorang ibu yang baik untuk Sarah. Mama dah tak tahan dengan perangai papa Sarah. Selamat tinggal Sarah. Mama sayang Sarah. Cakap dengan papa mama pergi dulu.’
“Mama!!! Mama jangan tinggalkan Sarah! Macam mana Sarah nak teruskan hidup Sarah kalau mama tak de?? Kenapa hanya sebab lelaki macam papa mama sanggup bunuh diri? Mama tak kesian ke dengan Sarah?? Jawab mama! Jawab!” Maisarah terpekik sendirian.
Dia tahu ibunya tidak akan menjawab soalan-soalan yang dikemukan olehnya. Ibu kesayangannya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Selepas ini, tiada lagi gelak tawa ibunya kedengaran di Vila Permata. Tiada lagi suara lunak ibunya yang menyapanya setelah pulang dari sekolah. Yang tinggal hanyalah hamparan rindu. Kerinduan yang tidak terungkap.
“Semua ni salah papa! Sarah benci papa! Sarah benci! Sarah takkan maafkan papa! Sampai bila-bila pun Sarah takkan maafkan!” Maisarah menjerit lagi. Patutlah hari ini dia berasa tidak sedap hati. Semasa di sekolah tadi, hatinya tidak tenteram memikirkan mamanya. Dia tidak sangka peristiwa menyayat hati seperti ini akan menimpanya.
Dia agak hairan semua pekerja-pekerja di rumahnya tiada. Mak Lijah, pembantu rumahnya juga tiada. Di manakah dia orang pergi? Bercuti ke? Atau dicutikan oleh ibunya agar mudah ibunya menggantung diri? Perasaan hiba menghurung jiwanya kembali. Dia merenung ke arah jasad ibunya yang tergantung, tidak lagi bernyawa.
“Mama,kenapa mama lakukan semua ini? Ustazah kat sekolah kate bunuh diri tu berdosa besar.Nanti masuk neraka? Kenapa mama?” Maisarah bermonolog lagi.
Dia mahu mencapai telefon bimbit mamanya untuk menelefon papa tetapi teragak-agak. Kalau tidak telefon, adakah papa akan pulang malam ini? Papa sudah jarang pulang ke rumah. Maisara tekad untuk menelefon papanya. Dia cuba beberapa kali tetapi tidak diangkat. Kenapa papa tidak menjawab panggilannya pada saat genting seperti ini?
Papa memang tidak peduli akan aku dan mama.Hatinya berdetik. Dia cuba membuat panggilan telefon lagi. Kali ini panggilannya diangkat tetapi yang menjawabnya bukan papa. Malahan, seorang wanita. Dia menekan butang merah tanda geram. Apa jenis lelaki papanya ini? Isteri di rumah meninggal bunuh diri kerananya, tetapi papanya sibuk berfoya-foya dengan perempuan lain?
Tiba-tiba, handphone di tangannya bergetar. Papanya, Datuk Malik menelefonnya semula. Perasaan sedih Maisarah atas kehilangan ibunya bertukar menjadi perasaan benci terhadap papanya yang tidak bertanggungjawab. Dia tertanya-tanya adakah papanya akan berasa bersalah atas kematian ibunya?
“Helo Sarah..ada ape call papa ni? Papa tengah sibuk! Ada meeting dengan client. Cakap dengan mama nanti papa balik rumah tapi lambat sikit.” Datuk Malik berbohong dengan puterinya. Malam ini dia tiada meeting sebenarnya. Dia sedang berfoya-foya di dalam pub bersama-sama rakan-rakannya yang lain.
“Sarah tak boleh cakap dengan mama.Mama dah tak ade.” Maisarah menahan sebak di dada. Dia cuba mengawal perasaannya.
“Mama pergi mana? Mama dah tinggalkan rumah ke?” tanya Datuk Malik hairan.
“Mama dah meninggal. Dia bunuh diri. Ni semua sebab papa! Papa pembunuh!” Esak tangis Maisarah kedengaran di hujung talian. Empangan air matanya pecah.
“Apa??” Datuk Malik terkejut besar. Perasaan bersalah terbit di sudut hatinya. Tetapi cuma saat itu. Ya! Cuma saat itu sahaja dia bersedih. Selepas ini, bolehlah dia bernikah dengan wanita lain.
“Ya papa. Mama bunuh diri.Semua ini salah papa! Papa yang sebabkan mama mati!” Budak perempuan itu menjerit sekuat hatinya. Telinga Datuk Malik terasa bingit mendengar pekikan anak perempuannya.
“Okey-okey..papa balik sekarang juga.Sarah sabar ye. Kejap lagi papa balik.” Datuk Malik cuba mententeramkan Maisarah.
Share this novel