BAB 3

Drama Completed 44478

“Hai baby! Lama tunggu I? Sorrylah, tadi tayar kereta I pancit.Tu yang lambat datang.” Aiman Sufyan memberikan alasan kepada teman wanitanya. Dia berharap agar kekasih hatinya tidak merajuk seperti selalu.

“You ni kan pandai je carik alasan. Lama tau I tunggu you.” Bibirnya mula memuncung tanda merajuk. Lebih kurang sejam dia terpaksa menunggu. Namun dia tidak kisah kerana dia yakin lelaki di hadapannya pasti datang. Sungguh. Dia amat mencintai Aiman Sufyan.

“Alah sayang, biasalah tu kalau kereta buat hal. Maafkan I okey?” Jejaka tampan itu cuba memujuk. Tangannya merayap ke pipi mulus gadis itu. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu daripada poketnya lalu menyerahkan kepada Laura. Laura membuka. Dia kelihatan gembira. Cincin perak yang bertatahkan permata itu ditatapnya lama.

“Apa ni? You tak perlu bagi I cincin ni.”

“Cincin ni tanda cinta I kepada you. Youlah permata yang I cari selama ini.”

“Terima kasih Aiman. I akan sentiasa hargai cinta you terhadap I. I akan sayang you sampai bila-bila. ”

Alunan biola menusuk gegendang telinga mereka. Seorang lelaki sedang bermain biola untuk menceriakan suasana di dalam Restoran Sebastian. Aiman Sufyan dan Laura hanya menikmati alunan muzik indah itu. Suasana romantis dalam restoran itu amat sesuai dengan pasangan yang sedang hangat bercinta itu.

Maisarah duduk berteleku di tepi meja. Dia berasa bosan menunggu sahabat baiknya, Syahida tiba. Sudahlah terpaksa menatap pasangan yang berlagak manja disebelahnya. Naik meluat dia melihat kemesraan mereka.

Tiba-tiba dia terpandang lelaki tersebut sedang mendaratkan bibirnya di pipi kekasihnya. Sudah tak takut dosa ke lelaki itu? Perempuan itu pun sama sahaja. Mentang-mentanglah kedudukan mereka tersorok sedikit, seenaknya bercengkerama bermadu kasih. Apalah nak jadi kepada anak-anakmuda zaman kini.

Maisarah merenung jam tangannya.Lambat benar Syahida tiba padahal dialah yang beria-ia mahu mengajaknya makan malam. Sudah hampir satu jam berlalu namun batang hidung sahabatnya masih tidak kelihatan.Telefon bimbitnya berdering. Satu panggilan yang amat dikenalinya masuk. Nama si pemanggil tepapar jelas.

“Assalamualaikum Sarah. Sarah, aku mintak maaf banyak-banyak tau. Aku tak dapat datang. Adik aku masuk hospital.Maafkan aku eh?”

“Waalaikumusalam. Tapi tadi kau yang nak ajak aku sangat gi makan kat restoran ni. Takpelah. Aku datang hospital sekarang juga.”

“Eh Sarah, tak payahlah datang.Lagipun dah malam. Nanti papa kau pulak yang marah balik malam-malam sangat. Adik aku cuma demam panas. Lain kali kita pergi makan sama-sama tau. Aku mintak maaf sangat-sangat. Bye.”

“Yelah yelah. Lain kali. Semoga adik kau cepat sembuh.Bye. ” Maisarah mematikan panggilan. Dia termenung sendirian. Sebolehnya dia tidak mahu pulang ke rumah pada waktu ini.

Tidak sanggup mahu bersemuka dengan anak-beranak yang selalu mencacinya. Jikalau bukan kerana papa, sudah lama dia angkat kaki dari vila itu. Hatinya membengkak. Dia terlihat pasangan kekasih di sebelahnya berbisik-bisik. Namun, sedikit pun dia tidak memahami butir bicara mereka.

“You, you tengok perempuan kat sebelah kita ni. Sorang-sorang je. Macam kena tinggal dengan kekasih. Kesian I tengok.”

“Baby, tak baik tau you cakap macam tu. Mana tau dia memang nak bersendirian. Biarkan jelah dia tu. ”

“Takdelah..I cuma kesian tengok orang macam dia tu. Macam orang takde kawan langsung. Seorang diri macam tu.Tak bosan ke?”

“Entahlah.. Kita tak payahlah nak cakap pasal dia. Kita cakap pasal benda lain. Buang masa je cakap pasal orang yang kita tak kenal.”

Maisarah pening. Kepalanya terasa berat. Takkanlah migrain aku datang lagi? Dia berdiri lalu melangkah perlahan. Dia mahu pulang ke rumah secepat mungkin kerana kepalanya terasa sangat sakit. Maisarah mengorak langkah dengan berhati-hati. Sungguh.

Kepalanya berdenyut-dengut. Matanya berpinar-pinar. Pasangan kekasih itu memandangnya hairan. Dia tersilap langkah. Tubuhnya tumbang. Bukan mendarat di lantai restoran tetapi menghempap tubuh seorang lelaki. Aiman Sufyan terkejut. Lantas dia menolak tubuh Maisarah ke tepi. Mujurlah wanita itu tidak pengsan. Kalau tidak, pasti akan menyusahkan dirinya.

“You! Tengok prempuan ni.Nak menggatal lah tu dengan you. Saje buat-buat pening. Ambil kesempatan terhadap you.”

“Maafkan saya. Saya tak betul-betul tak sengaja. Kepala saya pening sangat.” Maisarah rasa bersalah. Kenapalah dia boleh jatuh.

“Pergilah balik sana! Mengada-ngada nak jatuh kat atas riba aku! Menyemak punya perempuan! Senang je nak mintak maaf! ” Aiman Sufyan meradang.

“You tak payah nak buang tekak marah perempuan ni. Perempuan tak sedar diri.” Laura mencebik. Sesuka hati saje perempuan tu nak jatuh atas kekasihnya.

“Sekali lagi saya mintak maaf. Saya tak sengaja.” Maisarah berlalu pergi. Tidak sangka lelaki itu pemarah orangnya.

Dia sedar akan kesilapannya tetapi tidak perlulah menbentak-bentak dia sebegitu. Pelanggan-pelanggan lain di restoran tersebut menumpukan perhatian kepada adegan itu. Maisarah selamat keluar dari tempat itu dan mendapatkan keretanya. Dia menghidupkan enjin kereta dan pulang ke vila. Kenapa hidupnya asyik-asyik dirundung malang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience