BAB 5

Family Completed 44403

Maisarah mengunci pintu biliknya. Setelah itu, dia melabuhkan punggungnya di katil. Dia terkejut dan marah dengan keputusan papanya. Dia harus kahwin dengan lelaki yang tak pernah dia kenal dan tak pernah dia cinta? Ibarat mimpi. Hidupnya dikongkong. Hidupnya umpama permainan. Dia terimbau peristiwa tadi.

‘Tak cukup ke papa nak seksa hidup Sarah? Sampai jodoh Sarah pun papa nak tentukan? Papa suruh Sarah study oversea ambik Business Management, Sarah ikut cakap papa. Papa suruh Sarah kerja kat syarikat papa, Sarah ikut. Kerana papa Sarah terpaksa lupakan cita-cita Sarah. Sekarang, papa suruh Sarah kahwin dengan lelaki yang Sarah tak suka? Cukuplah papa.. Sarah dah penat ikut cakap papa. Lepas ni ape lagi yang papa nak Sarah buat??”

“Sarah boleh tak dengar cakap papa? Papa ni kan orang tua Sarah. Jangan nak bantah apa yang papa suruh! Jangan nak jadi anak derhaka! Sarah tak nak ke hidup bahagia?”

“Bahagia?? Sejak bile papa peduli dengan kebahagiaan Sarah? Papa hanya peduli dengan harta dunia papa ni! Papa hanya peduli dengan Aunty Sofea! Papa hanya peduli dengan Deeba! Kebahagiaan Sarah bukan terletak di tangan papa! Allah yang tentukan kebahagiaan Sarah.”

“Papa tak kisahlah Sarah nak cakap ape pun. Sarah tetap kena tunaikan permintaan papa. Jadi, Sarah kena sedia. Rombongan meminang akan datang tak lama lagi. Sarah jangan nak buat hal pulak.”

Maisarah merebahkan dirinya ke atas katil. Perasaan benci terhadap papanya semakin meluap-luap. Dia melihat kamarnya. Dekorasi cantik dan mewah. Dia terkenangkan nasibnya. Semua dia ada. Rumah mewah, pendidikan yang tinggi dan pekerjaan yang bagus.

Tetapi hidupnya terasa kosong tanpa kasih sayang. Papa lebih sayang akan anak luar nikahnya berbanding dirinya, anak papa yang sah. Papa sayang ke kat aku? Sedikit pun dia tak pernah merasakan kasih sayang ayahnya sejak mamanya meninggal dunia. Kasih sayang daripada mama tirinya? Lagilah tidak.

Ya Allah, beginikah takdir hidupku?

***********

“Aiman, I doakan you bahagia. Kita tak ditakdirkan untuk bersama.” Laura menangis pilu. Hasrat hatinya untuk mendirikan rumah tangga bersama Aiman hancur. Dia mencintai Aiman bukan kerana harta. Seandainya Aiman bukan orang kaya sekali pun, dia tetap akan mencintainya sepenuh hati.

“Laura, you tahukan yang I sayangkan you. I tak mungkin kahwin dengan perempuan yang I tak suka. Cuma you saje dalam hati I.”

“You dengar sini baik-baik. Mummy you tak suka I. So, you kena terima pilihan mummy you. Kita terpaksa putus. I pulangkan balik cincin ni. Cincin ni dah tak ade maknanya bagi I.”

“Baby. Janganlah macam ni. I tak tau nak buat ape sekarang. I rasa macam tersepit. But you know that I really love you.”

“Dah tu you nak kite buat ape? Kita berade di jalan buntu. Let’s break up…”

“I tak sanggup berpisah dengan you. Kita kahwin lari. Tiada sape yang tau.”

“You jangan nak jadi bodoh. Mummy ngan papa you tau die orang mesti makin benci dengan I. I cuma nak parents you terime I. Tapi, itu tak mungkin terjadi.”

“Lepas kahwin ngan perempuan tu I akan ceraikan dia.”

“You cerai dengan dia atau tak, same je. Kite tetap tak boleh kahwin. You faham tak? Janji dengan I you akan lupakan I. I janji dengan diri I akan lupakan you.”

“Mane boleh I lupakan you. Tiga tahun kite bersama, takkan senang-senang je I nak lupakan you. I tak boleh..”

“You kena lupakan I. Kita mulakan hidup masing-masing yang baru. Selamat tinggal Aiman.. Terima kasih atas cinta you terhadap I selama ini. I hargai cinta you.” Laura melangkah pergi. Penantiannya selama ini menunggu pintu hati Datin Kartika tebuka untuk menerimanya hanyalah sia-sia. Hatinya sungguh keras.

“Laura..” Aiman Sufyan memanggil lembut. Dia cuba menarik tangan Laura.

“Lepaskan I..” Permata jernih mula bergenang kembali di tubir matanya. Inilah pengakhiran kisah cintanya setelah tiga tahun menyemai kasih bersama Aiman. Aiman akur. Dia melepaskan tangan Laura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience