“Halim! How could you do this to me! You’re a liar! Kau cakap kita sama-sama uruskan projek perumahan tu! Asal kau sorang je yang uruskan??”
“Calm down Malik… Aku cakap je..But, I didn’t make any promise right?”
“Kau tipu! Kau tamak! Kau sorang je nak kaut semua untung!’
“Well.. Padan muka kau. Kau yang carik pasal dengan aku. Sape suruh percayakan aku? Apa pun, seluruh saham syarikat kau, aku yang pegang.. Kau dah tak boleh nak buat apa-apa.. Sape suruh kau mabuk hari tu? Haha..” Dato’ Halim tersenyum sinis.
“Ape yang kau cakap ni?”
“Tak payahlah nak buat muka terkejut sangat. Kau dah tak ada apa-apa sekarang. Ini balasan kau. You deserve to get it!”
“Kau tikam aku dari belakang! Kawan makan kawan! Kenapa kau buat semua ni ha?”
“Why? Kau fikir sebab ape? Kau ingat balik kejadian lapan belas tahun dulu. Isteri kau bunuh diri sebab kau! Pastu kau kawen ngan pompan sundal tu! Aku takkan maafkan kau! Kau abaikan anak Aliyah.. Kau ingat aku tak tau semua tu?”
“Eh.. Ape kaitan dengan kau ha?? Kau tak perlu nak masuk campur urusan keluarga aku. Suka hati akulah nak kawen dengan sape! Yang kau ungkit pasal arwah isteri aku kenape?”
“Kau memang bodoh Malik! Kau tak hargai Aliyah! Kalau aku tau Aliyah mati sebab kau, dah lame aku halang perkahwinan kau! Aku dan Aliyah pernah bercinta. Sebab perangai gatal kau Aliyah mati! Sekarang kau rasakanlah pembalasan daripada aku! Aku nak hancurkan hidup kau!”
***********
“Kenapa kau tak pernah nak mintak cerai dengan aku? Macam-macam yang aku dah buat kat kau.”
“Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suaminya. Saye tak nak jadi isteri derhaka tuan..”
“Aku dah penat hidup macam ni. Aku nak cari kebahagiaan aku dan kau pun mesti nak kehidupan yang lebih baik.”
“Maksud tuan ape?”
“Aku tau yang kau tak sukakan aku. Aku pulak hanya buat kau menderita. Aku nak kita tamatkan semua ni dengan penceraian.. Aku ceraikan…” Tidak sempat Aiman menghabiskan kata-katanya Maisarah sudah memotong.
“Tuan.. Tuan jangan ceraikan saye.. Saye tak nak bercerai dengan tuan.. Allah tak sukakan penceraian..” Air mata Maisarah merembes keluar. Sungguh. Dia tak mahu berpisah dengan lelaki itu. Dia tak mahu kembali ke Vila Permata.
“Kau kenape? Kalau kita bercerai, kehidupan kita kan lebih baik..”
“Tak boleh tuan.. Saye cintakan tuan.. Saye tak nak bercerai dengan tuan..” Aiman Sufyan terpana. Dia sukakan aku? Perangai aku yang teruk ni pun, dia tetap sukakan aku? Tak mungkin..
“Buang jelah perasaan cinta kau tu. Kau sendiri taukan yang aku tak cintakan kau. Aku masih cintakan Laura.”
“Tak kisahlah tuan cintakan saye atau tak. Saye tak nak cerai dan saye akan tetap cintakan tuan. Saye terima tuan sebagai suami saye.”
“Sarah! Kau jangan nak jadi bodoh! Kau hanya sakitkan hati kau sendiri! Lupakan jelah perasaan kau tu! Pasal penceraian ni kita bincang lain kali. Aku beri masa untuk kita berdua berfikir.”
“Tuan..” Maisarah mengesat air matanya. Aiman beredar dari ruang tamu. Adakah nasib aku seperti mama? Aku tak mahu!
*************
“Lepaskan aku! Lepaskan akulah!” Maisarah meraung. Dua orang lelaki yang tidak dikenalinya mengheretnya ke dalam sebuah kereta Wira. Dia cuba melepaskan diri tetapi gagal. Mulutnya ditekup kasar. Pipinya ditampar. Pada petang itu, dia telah diculik.
“Hei betine! Kau diam boleh tak?? Kau banyak bunyi, aku bunuh kau!” Lelaki itu mengacukan sepucuk pistol revolver di tepi kepala Maisarah.
Penjunam pistol berdetik. Maisarah amat takut. Siapa mereka semua ni? Kenape dia diculik? Dia tak nak mati! Kereta itu bergerak menuju ke sebuah gudang lama. Dua orang lelaki tadi mengheretnya masuk ke dalam gudang. Seorang lelaki yang memakai topi Billabong mengacukan pistol ke arahnya.
“Korang semua ni sape? Kenape kau nak culik aku?? Lepaskan akulah!”
“Kalau kau nak tau sangat, aku buat semua ni sebab perangai suami kau yang setan tu! Aku akan balas apa yang dia dah buat kat adik aku, Laura!”
”Kenape dengan Laura?”
“Kau tak payah nak sibuk sangat nak tau. Hari ni kau akan jadi galang ganti.
Aku akan buat dia menyesal sebab tinggalkan Laura.”
Share this novel