“Hei pompan! Tu bilik kau! Bila-bila mase aku masuk bilik kau, kau jangan nak tolak! Faham?? Buat air nescafe pastu hantar kat bilik aku. Cepat sikit!” Aiman terus membentak. Sakit hatinya melihat perempuan di hadapannya kerana dia pasti terbayang wajah Laura yang menangis kesedihan.
Maisarah cepat-cepat meletak beg bajunya dan bergerak ke dapur. Kehidupannya di banglo mewah ini lebih parah berbanding di Vila Permata. Nasibnya ibarat terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau. Tetapi ini bukan mulut harimau. Ini mulut naga!
Tangannya mengacau-ngacau nescafe yang dibuatnya. Setelah itu dia menghantarnya ke bilik suaminya. Aiman sedikit pun tidak mengendahkan kehadirannya. Maisarah masuk ke dalam kamarnya semula. Dia tidak dapat meneka apa yang akan berlaku ke atasnya kelak. Derita atau bahagia?
Tangan kanannya menggenggam kemas loket rantai arwah mamanya. Jiwanya bergejolak. Dia berperang dengan kata hatinya sendiri.
‘Mama, kenape mama tinggalkan Sarah cepat sangat? Sarah dah tak sanggup nak lalui semua ni mama. Sarah dah kawen tapi Sarah menderita.Sarah rasa dah tak nak hidup kat dunia ni lagi. Sarah nak ikut mama… ‘
‘Sarah, kau lupe ke yang kau masih ade Allah? Mintalah pertolongan dari Allah.Mintalah kebahagiaan dari-Nya. Dia pasti akan membantu. Jangan sesekali kau hilang hormat kepada suamimu.’
‘Aku masih ada Engkau Ya Allah…berilah aku kekuatan. Bagaimana aku harus hormat kepada suamiku sedangkan dia melayanku sedemikian rupe?’
‘Kau harus hormat. Baik atau buruk , dia tetap suami kau. Cubalah belajar mencintainya.. Kerana cinta adalah penawar..’
‘Cinta? Orang sebegitu tak layak dicintai dan mencintai. Tak mungkin aku akan suka kepada dia! Ibarat mencintai sebilah pedang yang tajam..’
‘Kau masih buta. Manusia boleh berubah kerana cinta. Engkau tak faham kerana selama ini kau tak pernah sayang kepada siapapun termasuk papa kau sendiri. Hati kau dipenuhi dengan kebencian,kesedihan dan kesunyian. Kau masih terbayang peristiwa dulu. Sebab itulah jiwa kau tertutup. Ruang dalam hati kau tak terbuka untuk menyayangi orang lain.’
‘Aku tak mahu cintakan sape-sape pun. Cinta itu membunuh seperti yang terjadi kat mama aku dulu. Sebab cintakan papa, mama aku bunuh diri!’
‘Kalau begitu engkau harus belajar mencintai diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Satu hari nanti, pintu hati kau pasti akan terbuka.’
Maisarah berduka lagi. Dia bertanya kepada dirinya. Bolehkah dia belajar untuk mencintai orang lain? Fikirannya menjadi kusut. Peristiwa lampau terus menghantui dirinya. Dia tidak mahu dikecewakan oleh mana-mana lelaki seperti yang berlaku kepada mamanya. Dia tak nak!
*********
Waktu menunjukkan pukul lima petang. Masuk hari ini usia perkahwinannya genap sebulan. Selama sebulanlah hidupnya seperti seorang hamba yang terpaksa menurut semua perintah tuannya. Dia memasuki perut kereta BMW X6 dan bergegas pulang ke rumah. Dia tak mahu dimaki oleh suaminya jika pulang lambat.
Banglo mewah itu hanya ada dua orang penghuni. Aiman Sufyan sengaja tidak mengambil pembantu rumah. Biar Maisarah sahaja yang melakukan semua kerja-kerja di rumah. Hidup Maisarah perit. Dia menunaikan solat Asar terlebih dahulu barulah melangkah ke dapur. Waktu terus berlalu. Maisarah tertidur di sofa semasa menunggu suaminya pulang.
“Hoi! Bangunlah! Aku suruh kau setiap hari tunggu aku kat depan pintu rumah tapi kau sedap-sedap je tidur?? Aku tuan kau dan kau kena patuh arahan aku!”
“Maafkan saye tuan. Saye tertidur. Lain kali saye tak buat lagi. Tuan dah makan? Saye dah siapkan makan malam.”
“Aku dah makan kat luar. Ini yang kau masak??” Aiman memandang lauk-pauk yang terletak di atas meja. Dia mengangkat sepinggan ayam masak merah.
“Tuan! Tuan nak buat ape? Jangan jatuhkan pinggan tu tuan. Membazir..”
“Hei pompan! Kau diam boleh tak?? Suke hati akulah! Semua benda dalam rumah ni aku yang punya! Kau tu tak de hak nak halang aku.” Aiman menjatuhkan satu-persatu pinggan yang berisi makanan ke atas lantai. Lauk-pauk bertaburan.
Pinggan-pinggan kaca pecah berderai. Aiman menaiki anak-anak tangga menuju ke biliknya. Maisarah mengutip serpihan-serpihan pinggan kaca yang pecah. Penat dia memasak tetapi semua masakannya terbuang begitu saje.
Ya Allah, tabahkan hati aku. Setelah itu, dia masuk ke dalam bilik. Usai solat Isyak, tubuhnya direbahkan ke atas katil. Tiba-tiba Aiman Sufyan muncul di hadapan kamarnya. Kemudian,pintu biliknya ditutup.”Kalau aku dah bosan dengan kau, aku akan ceraikan kau” ujarnya.
Share this novel