BAB 8

Family Completed 44403

Imbas kembali…

“Aliyah, saya masih cintakan awak.”

“Halim, awak tak boleh sukakan saye lagi. Saye isteri orang dan awak suami orang. Saye tak cintakan awak lagi. Saye hanye setia dengan suami saya. Awak kena cuba sayangkan isteri awak macam saye sayangkan suami saye.”

“Tapi Aliyah, awak tahu kan bagaimana saye sayangkan awak…”

“Sekarang, saye anggap awak sebagai kawan baik saye saje. Awak bolehkan anggap saye sebagai kawan baik awak?”

“Kalau itulah yang awak mahu, saye akan lakukan. Saye akan jadi kawan awak dan cuba lupakan cinta kita.”

“Kalau boleh, saye nak satukan anak-anak kita bila dia orang dewasa nanti. Walaupun kita tak dapat bersame, tapi masih ada keturunan kita yang akan bersame.”

Halim masih ingat perbualannya dengan bekas kekasihnya suatu ketika dahulu. ‘Tak guna kau Malik! Kau sia-siakan Aliyah padahal dia sangat cintakan kau. Boleh kau kahwin dengan pompan sundal tu? Sebab kau Aliyah mati! Aku akan balas dendam terhadap kau! Aku akan buat kau menyesal seumur hidup kau!’ Hatinya meradang.

Selama berbelas tahun dia menunggu untuk membalas dendam. Sekarang, kedudukannya sama tinggi dengan Datuk Malik. Bila-bila masa saje dia akan buat Datuk Malik jatuh tersungkur!

************

“Haish..panasnya malam ni!” Aiman bermonolog. Dia membuka bajunya. Tubuhnya hanya dikenakan seluar pendek. Terserlah tubuh sasanya . Dia menonton televisyen tetapi tidak lama kemudia terlelap. Maisarah melangkah ke ruang tamu. Dia mematikan televisyen. Suaminya memang suka membazir. Dia terlihat suaminya tidak berbaju.

“Tak sejuk ke dia ni?” katanya di dalam hati. Lantas dia mengambil gebar nipis dan menyelimutkan suaminya.

Dia meneliti raut wajah Aiman Sufyan. Tangannya mengelus lembut rambut suaminya. ‘Mungkin kata hatiku betul. Saya dah mula sukakan awak, Aiman. Ahh..jatuh cinta sememangnya senang. Tetapi, nak dapatkan cinta daripada orang seperti Aiman amat sukar. Lelaki itu membencinya.’ Maisarah baerdiri semula. Tiba-tiba Aiman terbangun. Dia menjatuhkan selimut ke atas lantai.

“Sape suruh kau selimutkan aku ha? Aku tengah panas macam ni kau selimutkan buat ape??”

“Panas? Tapi saye rase sejuk je malam ni..”

“Ambik balik selimut ni! Aku tak perlukan bendalah ni!” Maisarah mengambil semula gebar itu.

“Peliknya..banyak dosa kot dia ni…” Dia berbisik perlahan.

“Kau cakap ape?? Jangan ingat aku tak dengar!” Maisarah buat-buat tidak mendengar. Alamak..aku ni suka sangat terlepas cakap.. Dia terus naik ke bilik.

“Woi pompan! Aku tak habis cakap lagilah! Makin berani kau sekarang!”

************

“Mana rantai aku ni? Takkanlah jatuh kot..” Maisarah mencari rantai arwah mamanya. Rantai itulah satu-satunya kenangan daripada mamanya yang paling berharga. Puas dia mencari di dalam kamarnya namun tiada. Seluruh pelosok rumah banglo dicarinya tetapi tiada juga. Mungkin tercicir kat luar rumah kot..

“Tuan… Saye nak keluar kejap tau..”

“Kau nak gi mane?? Dah lewat malam macam ni sibuk nak keluar rumah..”

“Rantai saye hilang. Saye nak gi carik. Kat luar rumah je..Tak jauh pun..”

“Pergilah sane.. Lepas balik kunci pintu!” Aiman Sufyan kembali menyiapkan proposalnya. Badannya terasa amat letih. Sejak akhir-akhir ni semakin bertimbun kerja di syarikat.

“Penatnya.. Tidur kejaplah..” Dia mendapatkan sofa. Tanpa disangka, tidurnya yang sekejap menjadi lama. Setelah dua jam berlalu, dia terbangun semula. Waktu menghampiri pukul 2 pagi. Lamanya aku tertidur… Tubuhnya terasa sejuk kerana hujan lebat pada malam itu. Kilat sabung-menyabung. Nampaknya, dah lama juga hujan turun. Dia menghampiri pintu rumah. ‘Hish pompan ni! Aku suruh kunci pintu dia tak kunci!’

Dia membimbit laptopnya dan menuju ke bilik. Dia meletakkan komputer riba lalu menuju ke bawah semula. Macam mana aku boleh terlupa nak ambil kertas kerja ni? Hish.. Pintu bilik Maisarah tertutup rapat. Aiman Sufyan menguak daun pintu. Anehnya, Maisarah tiada di dalam bilik.

‘Takkanlah dia belum balik lagi kot..’ Dia mencarinya di dalam bilik air. Tiada juga. Puas dia mencari di seluruh tempat namun tiada. ‘Sah pompan ni tak balik lagi. Nak susahkan akulah tu.’

Aiman mencapai sekaki payung berwarna merah. Dia terpaksa mencari Maisarah di luar rumah. Dia tercari-cari di manakah Maisarah. Hujan semakin lebat. Angin bertiup agak kencang.

“Sarah!! Kau kat mane ha?? Balik sekarang!” Aiman menjerit. Tiada sesiapapun yang berada di luar rumah. Dia tidak dapat mencari kelibat isterinya. Pancaran kilat yang sekilas membuatkan dia terkejut. Tiba-tiba dia ternampak sekujur tubuh terbaring di tepi pintu pagar. Dia menghampiri Maisarah.

“Kau buat ape kat sini?? Pengsan pulak tu!” Aiman mencampak payung merah tersebut ke tepi. Bajunya habis lencun dibasahi hujan. Dia mengangkat tubuh Maisarah yang terkulai layu. Masa terus berlalu. Dia membaringkan tubuh Maisarah di atas katil. Dia kembali ke biliknya untuk menukar baju.

‘Sebab pompan tu tak masal aku kena mandi hujan malam buta macam ni. Lantaklah kau pompan. Pandai-pandailah kau uruskan diri kau sendiri. Dah kira untung aku angkat kau masuk dalam bilik. Tidurlah kau dengan baju basah.’ Aiman menepuk-nepuk bantalnya. Dia mahu tidur.

Maisarah terbangun. ‘Macam mana aku ade kat atas katil ni? Sakitnye kepala aku.. Rantai mama…Aku tak jumpe lagi rantai tu. Aku mesti carik sampai jumpe.’ Dia tidak peduli akan kepalanya yang terasa amat sakit. Migrainnya datang secara tiba-tiba. Dia membuka pintu bilik. Kepalanya masih pening namun dia cuba menggagahkan diri untuk melangkah. Tiba-tiba dia tersungkur. Pandangannya menjadi gelap.

Aiman terkejut. Dia terdengar bunyi orang jatuh. Dia baru saje mahu melelapkan mata. Jejaka itu menjenguk ke luar bilik. ‘Pompan ni tak habis-habis nak susahkan aku. Geramnya.. Aku baru nak tidur!’

Dengan terpaksa, dia mencempung tubuh Maisarah lalu merebahkan kembali ke atas katil. Dia mahu meninggalkan Maisarah namun dia berasa serba salah. Aiman menukar baju Maisarah. Kemudian, dia menekapkan telapak tangannya ke dahi isterinya. Dahinya terasa sangat panas. Aiman mendapatkan Cool Fever. Nasib baik ada kalau tak, terpaksalah dia menjerang air panas. Maisarah meracau.”Rantai mama..nak carik rantai mama..”

‘Gila ape pompan ni. Tak habis-habis nak carik rantai..’ Detus hati kecilnya. Dia berbaring di sebelah Maisarah. Lelaki itu terlalu mengantuk. Malas rasanya berpatah balik ke biliknya lalu merebahkan badannya di sebelah isterinya.

Tiba-tiba dia terdengar Maisarah menangis teresak-esak. ‘Pehal pulak pompan ni..hish..’ Semakin lama tangisannya semakin kuat. Aiman memusingkan tubuhnya. Dia terlihat bahu Maisarah terhincut-hincut.

“Diamlah pompan! Aku nak tidur! Bisinglah!” Namun, tangisannya semakin kuat. Aiman memusingkan tubuh Maisarah ke arahnya.

“Kau ni kenape nangis tak henti-henti? Aku nak tidur pun susah tau tak?”

“Tuan, rantai saye hilang.. Rantai hilang..” Air mata isterinya semakin lebat. Aiman mengeluh. ‘Dahlah ngantuk! Pompan ni buat drama air mata pulak. Malas aku nak pujuk. Kalau tak pujuk macam mane aku nak tidur? Haish.. Gila!”

“Tolonglah jangan nangis lagi. Rantai ! Rantai ! Kau tau kan aku tengah ngantuk sangat ni..” Aiman mengesat air mata isterinya. Dia menarik Maisarah ke dalam pelukannya. Wajahnya disembamkan ke dada suaminya. Tangisannya semakin surut. Hatinya kembali tenang. ‘Apelah..aku hug baru tau nak senyap…’ Aiman mengeratkan lagi pelukannya. Akhirnya, dapat juga dia tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience