BAB 10

Family Completed 44403

Aiman tersentak. Pasu-pasu mahal di rumahnya pecah berderai. Keadaan di ruang tamunya bagai tongkang pecah. Sepertinya ada perompak yang masuk. Tetapi, tiada pula barang berharga yang dicuri. Kelibat Sarah tidak kelihatan.

Dimana isterinya? Hatinya menjadi kurang enak. Dia bimbang akan Maisarah. Dia cuba menelefon Sarah tetapi talian sibuk. Satu nombor yang tidak kenalinya terpapar di dada skrin Samsung Galaxynya. Suara parau seorang lelaki kedengaran di hujung talian.

“Helo Aiman… Kau ape kabar?”

“Kau sape? Kau ke yang selerakkan rumah aku ni?”

“Aiman… Sabarlah dulu.. Aku bakal abang ipar kau yang tak jadi. Setakat aku pecahkan barang kat rumah kau tu baru sikit. Kau mesti tak sangke ape yang aku cube nak buat kat kau. Isteri kau ada kat tempat aku. Bile-bile mase saje aku boleh cabut nyawa dia..haha..”

“Baik kau lepaskan isteri aku! Kau nak ape sebenarnye? Duit? Aku boleh bagi seberape banyak yang kau nak. Asalkan kau lepaskan bini aku!”

“Haish..kau ingat semua bende kat dunia ni boleh selesai dengan wang? Kau silap besar! Aku bukan orang macam tu. Kalau nak isteri kau selamat, kau datang kat gudang beras lame ni. Kau tau kat mane tempatnye kan? Kau telefon polis, bini kau mati. Datang cepat sikit..”

“Tuan! Jangan datang tuan! Dia cume nak perangkap tuan! Tuan telefon je polis! Jangan datang kat gudang ni!”

“Betine! Kau senyap! Jack, tutup mulut dia dengan sapu tangan ni! Tu pun nak ajar ke?? Lembab!” Zaid berasa hairan. Dia panggil suaminya tuan??

Aiman terdengar suara Maisarah sayup-sayup di hujung talian. Betulkah ini perangkap? Dia terdengar bunyi tamparan. Ya Allah lindungilah Sarah..

Aku mesti selamatkan Sarah! Dia terus memecut laju menuju ke gudang yang dimaksudkan. Sesampai sahaja di hadapan gudang, enam orang lelaki membelasahnya cukup-cukup. Walaupun dia mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwando, kudratnya gagal menumpaskan enam lelaki yang bertubuh agak besar itu.

Tubuhnya yang lemah diheret kasar. Kaki dan tangannya diikat. Badannya berpeluh-peluh. Dia tidak sanggup menyaksikan adegan di depan matanya. Dahi Maisarah dihentak ke dinding. Cecair merah pekat mengalir. Maisarah meraung kesakitan. Aiman cuba menahan air matanya daripada tumpah.

“Look at her Aiman.. Kau seronok tak tengok bini kau macam ni? Inilah balasan kau! Kau dah hancurkan hidup adik aku.”

“Aku dan Laura dah berpisah. Lagipun, kite orang dah janji nak mulakan hidup yang baru. Aku dah tak ade kena mengena lagi dengan adik kau!”

“Kau dengar sini baik-baik. Laura cuba nak bunuh diri sebab dia berpisah dengan kau. Sekarang, dia tengah koma! You must pay for this!”

‘Laura cuba bunuh diri? Tapi, dia sendiri yang mintak putus..’ Aiman berkata di dalam hati. Berita itu amat mengejutkan.

“Kau tengok ape yang aku buat! Aku nak kau rasa sakit hati!” Zaid menaburkan arang di hadapan Sarah. Arang-arang itu ditaburkan sepanjang semeter.

Dia mengeluarkan sekotak mancis. Sekelip mata sahaja arang-arang itu bertukar menjadi bara api. Maisarah bergerak selangkah ke belakang. Bara itu terasa hangat.

Zaid mengacukan pistol ke arah Aiman. Sekali lagi penjunam itu berbunyi. Wajah Aiman bertukar kelat.

“Hei betine! Kalau kau tak nak suami kau mati, kau pijak atas bara tu!” Maisarah bertambah takut. Aiman pula hanya mampu memandangnya.

“Sarah! Jangan pijak atas bara tu! Jangan Sarah!” Satu sepakan padu mengenai perutnya. Perut Aiman terasa senak.

“Tapi, kalau saye tak pijak,tuan akan mati. Saye tak nak tuan mati.” Maisarah semakin menghampiri bara itu. Air matanya bercucuran.

“Sarah, jangan dekat dengan bara tu! Ini adalah arahan dari aku!”

“Maafkan saye tuan.. Arahan tuan yang tu saye tak dapat nak tunaikan.”

“Haish!! Korang tak payah nak jiwang karat kat sini! Hei betine! Kau pijak jelah! Sebelum aku lepaskan tembakan kat kepala suami kau ni, baik kau pijak cepat!” Zaid melepaskan tembakan ke atas siling gudang.

Tapak kaki kanan Sarah mendarat di atas bara. Sungguh. Kakinya amat pedih. Selepas itu, kaki kirinya pula menjejak. Dengan kekuatan yang ada, dia cuba berjalan di atas bara api itu. Bara api itu seperti meratah tapak kakinya. Maisarah berjalan sambil meraung kesakitan. Rasa sakitnya amat dahsyat.

Setelah langkah yang terakhir habis, dia terjelupuk di atas lantai. Aiman menjerit namanya sekuat hati. Zaid tersenyum puas.

Maisarah cuba bangun. Dia mendekati suaminya. Aiman tidak tahan melihat Sarah. Kedua-dua tapak kakinya berdarah. Melecur teruk. Zaid mengacukan pistol ke arah Aiman. ”Nampaknya isteri kau betul-betul cintakan kau. Tapi aku tetap nak kau mati Aiman!” Zaid melepaskan tembakan. DUMM!!

Sebutir peluru menyakiti bahu kanannya. Bukan terkena bahu kanan Aiman,tetapi Maisarah. Maisarah berasa amat sakit. Peluru tersebut menembusi dagingnya. Dia sanggup berkorban untuk Aiman.

Dia tidak kisah apa yang bakal berlaku ke atas dirinya. Maisarah rebah di riba suaminya. Air mata Aiman tumpah jua. Dia tidak sangka Maisarah melindunginya daripada tembakan itu.

“Tuan, tuan tak ape-ape kan? Baguslah tuan tak ape-ape.” Maisarah berkata dengan nada yang terketar-ketar. Sejurus itu, dia tidak sedarkan diri.

“Sarahhh!! Bangun Sarah! Jangan tinggalkan aku..Sarah..” Aiman meraung. Zaid dan konco-konconya mahu lari dari situ. Tiba-tiba pihak polis menyerbu.

“Jangan bergerak! Kami akan tangkap kamu semua!” Seorang anggota polis berkata. Dia dan anggota-anggota polis yang lain mengacukan pistol. Zaid tidak peduli.Dia harus tinggalkan tempat itu juga.Seorang anggota polis melepaskan tembakan dan terkena belakang tubuh Zaid. Dia rebah ke atas lantai gudang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience